Showing posts with label dakwah. Show all posts
Showing posts with label dakwah. Show all posts

Saturday, December 14, 2013

6 Pesanan Imam al-Ghazali



Bismillahirrahmanirahim.

In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful.

Today I want to share to you guys about 6 advices from Imam Al-Ghazali.



Apabila berjumpa KANAK-KANAK, 
anggaplah mereka lebih mulia daripada kita 
kerana kanak-kanak belum dibebani dosa.

Apabila berhadapan dengan ORANG TUA pula, 
anggaplah mereka juga lebih mulia
kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.

Apabila melihat ORANG JAHIL, anggaplah mereka lebih mulia
kerana mereka  berbuat dosa kerana kejahilan
sedangkan kita berdosa dalam keadaan mengetahuinya.

Apabila berjumpa ORANG JAHAT, jangan anggap kita mulia.
Mungkin ornag jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya,
sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.

Apabila bertemu ORANG KAFIR,katakan,
belum tentu dia akan kafir selama-selamanya.

Thursday, December 12, 2013

Aku penapis, teko dan teh.

Bismillahirrahmanirrahim ( In the name of Allah the Most Gracious and Most Merciful)

So today as the title above i want to share some analogy with all of you.





Kita ni diibaratkan seperti teh,teko dan penapis.

 Kita akan menghadapi pelbagai tapisan ketika di dunia. Contohya, Allah s.w.t menapis setiap hambaNya yang beriman melalui pelbagai mehnah,ujian dan tribulasi yang kadangkala boleh membuatkan hambaNya lebih dekat dengaNya malah sebaliknya. Semua ujian itu adalah untuk melihat sejauh mana mantapnya iman dan tawakkalnya dia kepada Allah. Ada orang yang lebih kuat selepas Allah menapisnya dengan ujian dan ada orang yang semakin jauh. Dan orang yang kuat setelah ditimpah sesuatu ujian atau musibah akan dapat merasai manisnya kasih sayang Allah melalui ujian yang diturunkanNya.

Jadi apa pula kaitannya dengan penapis, teh dan teko?

Kita tahu penapis digunakan untuk menapis segala benda asing dari memasuki minuman. Jadi dalam konteks ini, segala serbuk teh di dalam teko perlu ditapis sebelum dituang ke dalam cawan. Selepas ditapis, teh yang dihidangkan lebih harum dan manis. Kesimpulannya serbuk teh di dalam teko itu sebenarnya mengambarkan ujian,mehnah dan tribulasi yang perlu kita tempuhi. Teko itu ibarat kehidupan kita. Dan penapis merupakan alat yang menghubungkan keduanya. Teh yang siap ditapis itu pulak dianologikan seperti rahmat dan kasih sayang Allah.

Akhir kata, jika ujian yang Allah berikan kita tak dapat untuk adapt, kita sama seperti serbuk teh yang tertinggal di dalam teko. Tapi andai kita berusaha untuk keluar dari tapisan itu, Insha allah kita merupakan orang yang terpilih dan beriman. Wallahualam.

Tuesday, January 8, 2013

Syukur

Assalamualaikum...ikhwah dan akhawat semua...syukur kerana dengan izinNya kita masih diberi kesempatan untuk terus bernafas..alhamdulillah...alhamdulillah..=) hari ni mari kita memperkatakan tentang syukur..

Syukur dalam Islam terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:
i'tiqodi--->bersyukur dalam bentuk keyakinan
qauli-----> bersyukur dalam bentuk ucapan
a'mali-----> bersyukur dalam bentuk perbuatan

Jadi untuk mensyukuri suatu nikmat secara sempurna, seseorang harus mengetahui terlebih dahulu untuk apa nikmat tersebut diciptakan dan dianugerahkan Allah s.w.t. Misalnya untuk apa mata,telinga,akal dan alam ini diciptakan Allah s.w.t.Jika telah ditemukan jawabannya, maka gunakanlah nikmat itu sesuai  dengan tujuan dimaksud.

Orang-orang yang beriman kepada Allah.s.w.t. akan selalu menyedari kelemahan mereka di hadapan Allah s.w.t sehingga mereka selalu memanjat syukur dengan rendah diri atas setiap nikmat yang diterima. Bukan hanya kekayaan harta benda yang disyukuri namun mereka memahami bahawa Allah s.wt. adalah  Pemilik segala sesuatu, bersyukur atas kesihatan,keindahan ,ilmu dan kekuatan yang dikurniakan kepada mereka.

Sebagai balasan atas kesyukuran yang ditujukkan Allah akan menambahkan lagi nikmat yang dikurniakan..contohnya jika dia bersyukur dengan ilmu dan kekayaan yang dia miliki allah akan tambahkan lagi ilmu dan kekayaan yang dia ada...Allah berbicara dalam surah Ibrahim ayat 7

A007

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
(Ibrahim 14:7)


Mensyukuri nikmat juga menunjukkan tanda kedekatan dan kechentaan seseorang kepada Allah s.w.t. Orang beriman yang bersyukur memiliki  kemampuan untuk melihat keindahan dan kenikmatan yang dikurniakan Allah.s.wt. dengan cara yang berbeza yakni dia lebih bersikap tawaduk
dan tiada sekelumit perasaan sombong terhadap allah di dalam diri kerana mereka sedar bahwa ianya semua adalah milik Allah yang Maha Esa.

Mukmin sejatiu tetap bersyukr kepada Allah azzawajjala sekalipun mereka berada dalam keadaan yang sangat sulit atau sukar. Seseorang yang melihat dari luar mungkin berfikir kurangnya nikmat pada diri orng beriman. Padahal orang-orang beriman mampu melihat sisi-sisi kebaikan dalam setiap peristiwa dan penderitaan yang dihadapi. Contohnya, Allah s.w.t menyatakan bahawa Dia akan menguji manusia dengan rasa takut,lapar, kehilangan harta dan jiwa. Dalam keadaan demikian, orang yang beirman tetap tabah,redha dan berasa bersyukur..kanapa? kerana mereka mengharapkan bahwa Allah akn memberikan mereka sebaik-baik pahala yakni sorga yang dijanjikan. Ini diatas sikap mereka yang istiqamah dan bermuhajadah dalam menghadapi ujian. Mereka juga mengetahui bahwa Allah azzawajjalla tidak akan membebani sesorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..Mahu bukti?? Ini buktinya

A286
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". ( al baqarah: 286)


Nikmat yang diberikan Allah kepada seseorang sangatlah besar sehingga tak seorang pun dapat menghintungnya. Allah menceritakan ini dalam sebuah ayat:

A018


Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ( al-nahl:18)


uhukk..terbatuk pulak...ehm2..sayang sekali...sayang sekali ada juga yg tidak bersyukur...T_T

Meskipun begitu, manusia tetap juga tida mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Hal ini diceritakan dalam al-quran dalam surah al-Araf diman syaitan berjanji kepada Allah akan menyesatkan manusia dan mengatakan kepada Allah bahawa manusia itu tidak bersyukur kepada Allah azzawajjala..

A017
"Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur". (AL-araaf:17)


Saturday, January 5, 2013

Amalan Hati

Bismillilahirrahman nirrahim...

Assalamualaikum akhawat n ikhwan semua.. Like always today I want to share to all of u about some of information that i know...let's check it out..^^

Imam al-Nawawi menegaskan bahawa jika amalan-amalan lahiriah dilaksanakan tanpa "amalan-amalan" hati, ia tidak akan membawa seseorang dekat dengan Allah. Sedangkan taqarrub ila Allah (dekat dengan Allah) itu tujuan kita beribadah. Amalan solat misalnya, jika dijaga dan dilaksanakan hanya rukun qawli (bacaan) dan fi'lli(perbuatan) tanpa kehadiran rukun qalbi( rasa hati) seperti merasai kebesaran Allah, takut dan rasa kehambaan yang lain ia akan menjadi sia-sia.Itulah pengertian orang yang lalai dalam solatnya!.

A005
Iaitu orang yang lalai dalam solatnya (al maauun:5)


Solat yang dilaksanakan dengan hati yang lalai akan gagal mencapai tujuan utama beribadah iaitu mengingati Allah. Allah berbicara melalui firmaNYa..


A014

"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku."  (taha : 14)

Sesungguhnya, mengingati Allah adalah kerja Hati. Hanya apabila solat didirikan dengan khusyuk( rasa kehambaan) barulah solat itu mampu mencegah pelakunya daripada perbuatan fahsha' dan mungkar. Jika tidak amalan itu bukan sahaja tidak berkesan malah mungkin ditolak oleh Allah..waallahualam bissawab..noktah!

Termenung di luar jendela...#sight

Friday, January 4, 2013

Kenal dan Chenta Allah

Bimillahirrahman nirrahim

assalamualaikum  ukhti wa akhi today i would like to share about Love for Allah 


Okayyy Let's begin now.........................


Hati Emas. Noktah

Ya apa yang dikatakan dengan hati emas? Hati tu ada emas ke? wuuu...fuyoo..~
Straight to the point hati emas ialah hati yang mengenal Allah dan jatuh chenta kepada-Nya. Ya Mengenal plus Chenta Allah azzawajalla! Terkejut?? Mari kita sambung lagi.....

Cheritanya begini kita mengenal Allah bukan sahaja hanya dicapai oleh anggota lahiriah, tetapi oleh kekuatan hati. Hurm...bagaimana tu?*kerut dahi...macam ni hati tu dicipta oleh Allah dengan kemampuan untuk "melihat" dan merasa sesuatu yang sangat seni dan maknawi sifatnya 

Pandangan mata hati yang dapat menjangkau kebesaran Allah dan dan menembusi sehingga ke lubuk hati yang paling dalam. Allah berbicara dalam firmaNya:


A046

Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. (surah al-Hajj 22:46)

hah..bagaimana?? Tersentak bukan?#sight


Atas sebab itu, "medium" mengenal dan menchentai Allah yang palinggg..again yang paliiiiinggg penting ialah hati. Akal hanya permulaan sahaja. Justeru , mengenal dengan akal tentang sifat-sifat kesempurnaan Allah tidaklah memandai. Ia perlu diresapkan ke dalam hati melalui ibadah-ibadah fardu dan sunat. Seterusnya ibadah inilah yang akan mengasah hati untuk mengenal Allah azzawajjalla.


Okay..cukup? Tidak? Jom teruskan lagi...jom!!

Melalui pembelajaran tauhid, kita Mengetahui Allah itu WUJUD..again WUJUD!!, Allah Maha Melihat, Maha Mendengar dan sebagainya. Namun mengetahui sahaja TIDAK CUKUP. Kita perlu MERASAI Allah tu ada, Maha Melihat, Maha Mendengar dan sebagainya.

Kenapa kita perlu merasai bukan sekadar mengetahui?  Ya jauh bezanya antara seorang yang mengetahui Allah itu Wujud dengan orang yang merasai Allah itu Ada. TITIK. 

Acano Tuh Cik Wardah??

Lemme explain to all of u...

Camni..Orang yang mengetahui Allah itu ada , masih tega melakukan kejahatan , te.ta.pi orang yang sudah merasai Allah itu ada tidak akan berani melakukan kejahatan. Tauhid sudah dihayati , yakni sudah meresap ke dalam hati. Tidak hanya berlegar di akal. Faham? Akhi wa Ukhti  wa Ana..sama2 kita hayati dan muhasabah diri.

Inilah cabaran utama dalam kehidupan beragama alaf ini. Input-input Tauhid hanya dipelajari sebatas otak kiri: yakni diketahui,dihafal dan kemudian dipindahkan ke atas kertas peperiksaan. #terhantuk

Akhirnya sisitem pendidikan hanya mampu melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kelulusan dalam mata pelajaran agama, tetapi  tidak"beragama" dalam realiti kehidupan sehari-hari. Kelulusan agamanya berjela-jela, tetapi hilang wibawa kerana rakus dengan dunia dan kuasa!

Tuesday, December 11, 2012

Kemanisan iman

Assalamualaikum readers semua..antum semua sihat? moga kita semua diberikan tubuh badan yang sihat agar dapat digunakan ke arah mengerakkan agama Allah..in sha allah =) Hari ni ana mahu kongsi kan sedikit mengenai kemanisan iman..sama-sama kita ambil ibrah dari coretan ana ini..^_^

Sabda Rasulullah s.a.w : 3 perkara yang barang siapa terdapat ( ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperoleh kemanisan iman ( iaitu) Allah dan Rasul-NYA adalah lebih dia cintai daripada selainnya dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api neraka.( hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim).


Sahabat-sahabatku marilah kita tanamkan ketiga-tiga sifat tersebut di dalam diri kita agar kemanisan iman itu dapat kita rasai di dalam hati kita. Ya Allah betapa indahnya jikalau kita dapat rasa betapa
 manisnya iman itu. Justeru, kita harus istiqamah dalam melakukan perintah-perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya. Pertama sekali di dalam hadis tersebut nabi Muhammad S.A.W 
mengatakan seseorang itu haruslah mencintai  Allah dan Rasul-Nya lebih dari segala-galanya maknanya kita mestilah meletakkan Allah dan Rasul-Nya di dalam dada kita dan mencintaiNYA 
lebih dari diri kita sendiri. Letakkanlah segala pergantugan hanya kepada Allah semata-mata dan mengikuti setiap dakwah yang disampaikan Rasul-Nya serta bersama-sama 
menyebarkanya kepada rakan-rakan kita dan mad'u kita. Mencintai Allah dan Rasul-NYA terdapat dalam rukun iman yang sememangnya wajib kita imani dan percaya..namun sebahagian dari kita kadangkala mengucapkan kata-kata yang dia mencintai Allah dan rasul namun akhlak dan tingkah-lakunya tidak menunjukkan yang dia mencintai Allah dan para rasulNYA. 
Bagaimana untuk mencintai Allah? Kita mulakan dengan memahami Al-quran yang diturunkan malaikat Jibril. Kita baca dan fahami setiap ayat dan serapkan ayat-ayat cintaNYA ke dalam jiwa dan nurani kita dan praktikkan apa yang kita fahami di dalam kehidupan kita berdasarkan ajaran al-Quran dan as-Sunnah. Kalau setakat baca sahaja tetapi tidak memahaminya agak sukar bagi kita untuk mendapatkan ruh al-Quran. Sedangkan ruh al-Quran itu penting kerana al-Quran adalah 
petunjuk bagi kita tanpa petunjuk itu kita umpama orang buta yang berjalan tanpa tongkat di malam yang kelam. Bagaimana pula dengan mencintai Rasul-NYA? 
Jika kita ingin mencintai rasul-Nya lakukanlah segala sunnahnya dan kita boleh mulakan dengan sunnah yang simple contohnya dengan memberikan senyuman dan mendahulukan yang kanan. Seterusnya kita cuba istiqamah melakukan sunnah nabi yang lain. Walaupun kadangkala kita rasa terpaksa
tapi cuba ayati bait-bait kata ustaz Azhar Idrus ini:
"Bertudunglah walaupun dalam keadaan terpaksa
solatlah walaupun dalam keadaan terpaksa
puasalah walaupun dalam keadaan terpaksa kerana KEWAJIPAN itu memang kadangkala 
bersifat TERPAKSA, dari keterpaksaan itu, perlahan-lahan kita
akan menemukan HIKMAH dan akhirnya hati pun IKHLAS untuk beribadat kepadaNYA.
Jika harus menunggu keikhlasan hati untuk beribadah sampai bila hendak ditunggu?
HIDAYAH bukan untuk ditunggu tetapi DICARI..ia seperti makanan
jika tidak disuap ia tidak akan masuk mulut."

Seterusnya yang kedua dalam hadis tersebut kita mestilah mencintai seseorang
kerana Allah. Bagaimana mencintai kerana Allah? Ini jawapanya..apabila kita mencintai
seseorang kerana Allah, kita akan mendekatkan dirinya kepada Allah . Kita juga mahu dirinya 
mendekatkan diri kita kepada Allah. Segala salah silap ditegur bersama demi mendapat
keredhaan Allah s.w.t. Bukan membiarkan dirinya hanyut dan leka
dalam nikmat dunia. Memetik kata-kata Sheikh al Kubrawiyyah "Asas persahabatan ialah
setia bercinta di antara satu sama lain dan tulus ikhlas dalam berkasih sayang dan
selagi ia dihalakan kepada Allah dan kerana Allah maka pahalanya amat besar.
Allah telah berfirman dalam satu hadis Qudsi:

Pasti mendapat kecintaanKu bagi dua orang yang sayang-menyayangi keranaKU
dua orang yang duduk bersama-sama keranaKU
dua orang yang kunjung-mengunjugi keranaKU dan
dua orang yang tolong-menolong keranaKU.  


FirmanNYa dalam satu hadis Qudsi lain:
Mana dia orang yang bercinta kerana keagunganKu? Hari ini Aku akan
menaugi mereka di bawah nauganKu iaitu hari yang tiada naugan kecuali nauganKu


Apabila seseorang itu mencintai orang lain,bersahabat dan membiasakan diri dengannya
kerana dilihatnya orang itu mencintai Allah dan taat setia kepada perintah Allah
maka hal demikian itulah dikatakan bercinta kerana Allah.

Ataupun jika ia mencintai seseorang itu dan bersahabat dengannya kerana
orang itu membantunya di dalam selok belok agama dan mengarahkannya untuk
taat kepada perintah Allah s.w.t maka hal yang demikian itu juga
dikira bercinta kerana Allah

Ataupun jika dia mencintai seseorang itu kerana membantunya dalam urusan
keduniaan yang mana dengannya pula ia bisa menguruskan urusan akhiratnya maka
itu juga termasuk dalam bercinta kerana Allah

Allah taala telah berfirman yang bermaksud:


Sahabat-sahabat pada hari itu , satu sama lain akan bermusuhan kecuali
orang yang bertaqwa (Az-Zukhruf: 67)

nabi Muhammad S.a.w pernah bersabda:
"Demi Allah yang jiwaku berada di tanganNya, seseorang itu tidak beriman sehingga
dia mencintai saudaranya sebagaiman dia  mencintai dirinya sendiri"

Yang terakhir sekali hadis tersebut menyatakan seseorang itu akan dapat merasai kemanisan iman apabila
dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat).
Maknanya dekat sini kita perlulah menjauhi kekufuran dengan melakukan taubat nasuha
dengan bersungguh-sungguh.Seseorang Muslim itu WAJIB untuk benci kepada kekufuran dan 
mencintai iman dan tauhid.

Firman Allah s.w.t:

وَاعْلَمُوا أَنَّ فِيكُمْ رَسُولَ اللَّهِ لَوْ يُطِيعُكُمْ فِي كَثِيرٍ مِنَ الْأَمْرِ لَعَنِتُّمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ حَبَّبَ إِلَيْكُمُ الْإِيمَانَ وَزَيَّنَهُ فِي قُلُوبِكُمْ وَكَرَّهَ إِلَيْكُمُ الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ أُولَئِكَ هُمُ الرَّاشِدُونَ

Maksudnya: “dan ketahuilah bersama-sama kamu ada Rasulullah yang jika dia mengikut kebanyakan permintaan kamu tentulah kamu akan menjadi susah tetapi Allah telah mencampakkan kecintaan terhadap Iman dan menghiaskannya dalam hati-hati kamu dan mencampakkan rasa benci terhadap kekufuran, kefasiqan, dan maksiat (dalam hati-hati kamu) demikianlah mereka itu orang-orang teguh di atas kebenaran”. [al-Hujurat: 7].

Marilah sama-sama kita bermujahadah menuju kepada kemanisan Iman dalam beramal. Mudah-mudahan hati kita sentiasa tenang dan redha dalam menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini.

Monday, December 10, 2012

Kelebihan ayat kursi

                        بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum readers semua...hari ini mari kita bincangkan tentang kelebihan ayatul kursi..

Ayat kursi adalah sebesar-besar ayat dalam kitabullah. Apabila dibaca pada waktu petang insyaAllah terpelihara dari gangguan jin hingga pagi dan jika dibaca pada waktu pagi, pelihara dari mereka hingga malam. Ayat kursi diturunkan pada pada satu selepas hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan , beribu-ribu malaikat menghantarnya kerana kebesaran dan kemuliaanya. Syaitan dan iblis menjadi gempar kerana adanya satu tanda yang menjadi peringatan dalam perjuagannya. Rasulullah s.a.w segera memerintahkan penulis al-quran iaitu Zaid bin Tsabit agar segera menulis dan menyebarkannya.

Berkata seorang lelalki: Ya Rasulullah, ajarilah aku sesuatu yang dimanfatkan Allah denganYa?Raulullah bersabda: Bacalah ayat kursi, kerana sesungguhnya Allah akan memeliharamu dan memelihara keturunannmu,rumahmu dan rumamh-rumah di sekitar rumahmu.


Ana mahu menceritakan satu kisah di mana Umar radiyallaaha anhu keluar berjumpa orang ramai lalu beliau berkata: Siapakah di antara kamu yang dapat menunjukkan kepadaku ayat 
-yang paling agung di dalam al-quran.
-yang paling adil
-yang paling menakutkan dan
-yang paling diharapkan

semua yang ada terdiam.  Kemudian ibnu Mas'ud bangun dan tampil memberikan jawapan.

Aku mendengar Rasulullah s.w.a bersabda: sebesar-besar ayat di dalam al-quran ialah;

 اللَّهُ لا إِلٰهَ إِلّا هُوَ الحَىُّ القَيّومُ 

Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia, yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus(makhluknya) (al baqarah :255)

Yang paling adil di dalam al quran ialah:

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ
sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan..(al nahl: 90)
Yang paling menakutkan adalah:
Surah Al-Zalzalah, ayat 7-8



Dan yang paling memberikan harapan ialah:

A053
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah..(az zumar:53)



Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

Barangsiapa membaca ayat kursi dan penutup surah al-baqarah pada waktu kesusahan, Allah akan menolongnya.









Saturday, December 8, 2012

Cara menghadapi tipu daya syaitan


Photobucket

Apa khabar readers semua? harap semuanya sihat-sihat belaka dan sentiasa berada di bawah lindungan serta rahmatNya..amin in sha Allah .Hari ni ana mahu berkongsi kepada antum semua mengenai cara untuk menghadapi tipu daya syaitan..Semoga kita semua dapat menghadapi taktik licik syaitan nirrarojim.Jom kita ikuti catatan ana di bawah ..=)

Caranya ialah:

1. Ikhlas dalam beragama
    Seseorang itu perlulah ikhlas dalam beragama untuk menghadapi tipu daya syaitan. Kita sendiri akui bahawa iblis pernah berjanji kepada Allah s.w.t bahawa dia akan menyesat, mengkafir, memusyrik dan menjadikan umat Islam ahli neraka ketika dia diminta tunduk hormat kepada nabi Adam..Betapa angkuhnya iblis ketika itu yang mengatakan dia diciptakan daripada api manakala nabi adam pula hanya diciptakan daripada tanah.


Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.
(Al-Baqarah 2:34) 


Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.
(Al-A'raaf 7:11) 

Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."
(Al-A'raaf 7:12)


Atas sebab itu Allah keluarkan iblis dari syurga dalam keadaan terhina. Iblis kemudian meminta Allah memberikan tempoh kepada inlis sehingga hari kiamat dan bersumpah bahawa dia akan menyesatkan manusia.

Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)".
(Al-A'raaf 7:14)

iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Jika demikian,
 berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan (Hari Kiamat).”
Allah berfirman: “Dengan permohonanmu itu,
maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh.
Hingga ke hari - masa yang termaklum.”

Iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat,
(maka) demi sesungguhnya aku akan memperindahkan (segala jenis kemungkaran)
kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini
dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.
Kecuali hamba-hamba-Mu di antara mereka yang ikhlas.”
[al-Hijr 15:36-40]

 Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;
(Al-A'raaf 7:16) 

Walaupun begitu iblis dan syaitan tetap tidak akan dapat menyesatkan mukmin yang ikhlas dalam beribadat kepada Allah. Ini terbukti dalam surah al Israa' ayat 65


 Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).
(Al-Israa' 17:65)


Apa yang dimaksudkan dengan ikhlas? Ikhlas bermaksud melakukan ibadat semata-mata kerana Allah s.w.t bukannya disebabkan nawaitu tertentu selain daripada mengesakan Allah. Oleh itu, hendaklah kita sama-sama merenung kembali tujuan kita beragama. Seandainya 100% kerana Allah s.w.t peliharalah keikhlasan tersebut..jika  belum mencapai 100% maka perbetulkanlah kerana syaitan akan menyelit masuk untuk menyesatkan manusia. Marilah kita perbetulkan niat dalam beribadat kepada Allah semata-mata kerananNYa bukannya atas tujuan lain. Matlamat hidup orang mukmin ialah mencari keredhaan Allah s.w.t Justeru amat penting bagi kita untuk menyemak balik niat kita dalam setiap amalan kita agar setiap amalan baik yang kita kerjakan adalah ikhlas semata-mata kerana Allah.

Salah satu caranya ialah dengan memohon doa kepada Allah s.w.t agar mengurniakan kita hati yang ikhlas. Jika dipohon secara berterusan nescaya Allah s.w.t akan memakbulkan apa yang hambaNya minta. Kita boleh memohon dgn doa semudah ini; "Ya Allah, perbetulkanlah niatku dalam setiap amalanku agar ikhlas semata-mata kerana Mu Ya Allah" aminn 

Niat yang sentiasa bersandarkan kepada penciptaNya adalah
lahir dari hati yang bersih. Hati yang bersih adalah
tempat di mana punca segalanya bermula. OLeh itu, sentiasalah muhasabah
diri kita setiap hari. Sesungguhnya manusia ini lemah hanya Allah s.w.t
yang menentukan segalanya.


2. Takut kepada Allah

Walaupun syaitan kelihatan hebat dari segala segi tetapi mereka mempunyai satu kelemaha :mereka takut kepada Allah s.w.t. Hal ini dapat diungkapkan dalam surah al Anfal:48


وَإِذْ زَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ أَعْمَالَهُمْ وَقَالَ لاَ غَالِبَ لَكُمُ الْيَوْمَ مِنَ النَّاسِ وَإِنِّي جَارٌ لَّكُمْ فَلَمَّا تَرَاءتِ الْفِئَتَانِ نَكَصَ عَلَى عَقِبَيْهِ وَقَالَ إِنِّي بَرِيءٌ مِّنكُمْ إِنِّي أَرَى مَالاَ تَرَوْنَ إِنِّيَ أَخَافُ اللّهَ وَاللّهُ شَدِيدُ الْعِقَ



Dan ketika syaitan menjadikan mereka memandang baik pekerjaan mereka dan mengatakan: "Tidak ada seorang manusiapun yang dapat menang terhadapmu pada hari ini, dan sesungguhnya saya ini adalah pelindungmu". Maka tatkala kedua pasukan itu telah dapat saling lihat melihat (berhadapan), syaitan itu balik ke belakang seraya berkata: "Sesungguhnya saya berlepas diri daripada kamu, sesungguhnya saya dapat melihat apa yang kamu sekalian tidak dapat melihat; sesungguhnya saya takut kepada Allah". Dan Allah sangat keras siksa-Nya


Ayat di atas merujuk pada peristiwa perang Badar. Sebelum peperangan syaitan menghasut segelintir umat Islam dengan sikap riyak dan hebat. Tetapi apabila pasukan tentera Islam berhadapan dengan musuh, syaitan mengundurkan diri sambil berkata: "aku berlepas diri dari kamu,kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya. Sesungguhnya aku takut kepada Allah dan Allah sangatlah berat azab seksaNya.



Sesungguhnya yang demikian itu ialah syaitan yang menakut-nakutkan (kamu terhadap)
penolong-penolongnya (kaum kafir musyrik).
Oleh itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku,
jika betul kamu orang-orang yang beriman.
[‘Ali Imran 3:175]

Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai sebarang kekuasaan
terhadap orang-orang yang beriman
dan yang bertawakkal kepada Tuhan mereka.
Sesungguhnya kekuasaan syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang
yang menjadikan ia pemimpin mereka, dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya
melakukan syirik kepada Allah.
[al-Nahl 16:99-100


Jika kita takut kepada Allah maka syaitan juga takut untuk menganggu kita tetapi jika kita tidak takut kepada Allah s.w.t maka syaitan akan menggagu kita.

3. Jangan mengikuti syaitan

    Allah telah menegaskan kepada orang-orang beriman agar jangan menjadikan syaitan sebagai pemimpin mereka. Allah melarang orang mukmin daripada mengikuti syaitan

Allah berfirman (kepada iblis):
“Sesungguhnya hamba-hamba-Ku, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa
untuk menyesatkan mereka kecuali sesiapa yang mengikutimu
dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).”
[al-Hijr 15:42]


Dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan;
kerana sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
[al-An’aam 6:142]

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan;
dan sesiapa yang menurut jejak langkah syaitan,
maka sesungguhnya syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya)
melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar.
[al-Nur 24:21]

Apa yang dimaksudkan dengan langkah syaitan? Ini merupakan antara langkah-langkah syaitan:

     1) Jangan bersikap takbur
      Janganlah kita mengikuti jejak langkah syaitan yang takbur kerana enggan sujud hormat kepada Adam.Lawan kepada sikap takbur ialah tawaduk. Kita mestilah tawaduk dalam beribadat kepada  Allah kerana amat benci pada orang yang takbur dalam beribadat.

(Yang demikian) kerana Allah hendak menjadikan hasutan syaitan itu
sebagai satu fitnah cubaan bagi orang-orang yang ada penyakit (takbur)
dalam hati mereka dan yang hatinya keras membatu;
dan sesungguhnya mereka yang zalim itu sentiasa berada dalam pertentangan
yang jauh dari kebenaran ( al hajj 53)



    2)

Kedua: Jangan mengikuti ciri-ciri syaitan.[6]
Hendaklah sedaya mungkin kita menjauhi ciri-ciri syaitan yang telah dikemukakan dalam Bab Ketiga seperti:

1.    Jangan menguap. Jika tidak dapat menahannya, jangan mengeluarkan bunyi ketika menguap.
2.    Jangan makan dan minum dengan tangan kiri. Apa jua perkakas yang digunakan untuk makan, hendaklah menggunakan tangan kanan.
3.    Jangan membiarkan makanan tersisa, sama ada di pinggan atau yang terjatuh.
4.    Jangan membazir. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman, maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan. [al-Isra’ 17:27] Membazir ialah melakukan perkara secara sia-sia tanpa mengira sama ada sedikit atau banyak. 

Sebagai contoh, orang yang tidur sehingga lewat pagi telah membazir masanya sekali pun dia memiliki masa lapang pada keseluruhan hari tersebut. Orang yang menghisap rokok telah membazir wang dan kesihatannya sekali pun dia hanya menghisap sebatang dalam seminggu.

Orang yang melakukan pembaziran, dia adalah saudara syaitan. Ada pun alasan-alasan seperti tidur yang lebih pada hujung minggu hanyalah untuk merehatkan badan atau merokok itu menenangkan fikiran, mencegah sifat mengantuk dan meramaikan kawan, ia hanyalah alasan-alasan dari syaitan untuk memperindahkan perkara mungkar (Tipu Daya # 2).

5.    Jangan minum secara berdiri.
6.    Jangan tidur sepanjang malam sehingga matahari naik. Hendaklah bangun ketika azan untuk pergi bersolat Subuh berjamaah. Selepas itu disambung terus dengan aktiviti yang bermanfaat sehinggalah waktu siang kerana waktu pagi adalah waktu yang diberkati. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah berdoa:
اللَّهُمَّ بَارِكْ لأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا.

Ya Allah! Berkatilah umat aku pada pagi hari.[7]

Setelah itu hendaklah tidur sebentar pada waktu siang kerana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berpesan:
قِيْلُوْا، فَإِنَّ الشَّيَاطِيْنَ لاَ تَقِيْلُ.

Tidurlah pada siang hari kerana sesungguhnya syaitan-syaitan tidak tidur pada siang hari.[8]

Kemudian bangun melakukan aktiviti yang bermanfaat hingga waktu Isya’. Ditegah daripada bersembang-sembang kosong selepas waktu Isya’. Abu Barzah radhiallahu 'anh menerangkan bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam membenci tidur sebelum waktu Isya’ dan bersembang-sembang selepas waktu Isya’.[9]

Hendaklah tidur awal agar mudah membuka tiga simpulan syaitan yang menghalang kita dari bangun malam berqiamulail. Bahkan dengan terbukanya tiga simpulan tersebut, kita akan dapat memulakan hari esoknya dengan bersemangat, bermotivasi dan ceria. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda berkenaan tiga simpulan ini:


Syaitan mengikat di atas kepala seseorang kalian yang tidur dengan tiga simpulan
dan menjadikan setiap simpulan pada tempat yang sepatutnya, lalu berkata:
“Bagi kamu malam yang panjang, tidurlah!”.

Apabila orang itu bangun dan mengingati Allah, terbukalah satu simpulan.
Apabila orang itu berwudhu’, terbukalah satu lagi simpulan.
Apabila orang itu bersolat, terbukalah semua simpulan.
Maka pada pagi harinya diri orang tersebut bersemangat lagi ceria.
Sedangkan jika tidak (yakni semua simpulan masih terikat kerana tidak bangun malam)
maka pada pagi harinya diri orang tersebut malas dan murung.

4.Berjemaah


    Syaitan memiliki peranan yang utama dalam urusan berjamaah atau berpecah. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

 فَإِنَّ يَدَ اللهِ مَعَ الْجَمَاعَةِ، وَإِنَّ الشَّيْطَانَ مَعَ مَنْ فَارَقَ الْجَمَاعَةَ يَرْتَكِضُ.

Sesungguhnya tangan Allah bersama al-Jama‘ah dan sesungguhnya
syaitan berlari bersama orang yang memecah-belahkan al-Jama‘ah.


عَلَيْكُمْ بِالْجَمَاعَةِ وَإِيَّاكُمْ وَالْفُرْقَةَ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ مَعَ الْوَاحِدِ

وَهُوَ مِنْ لإِثْنَيْنِ أَبْعَدُ مَنْ أَرَادَ بُحْبُوحَةَ الْجَنَّةِ فَلْيَلْزَمْ الْجَمَاعَة




Wajib ke atas kalian berjamaah. Berhati-hatilah dari perpecahan
kerana sesungguhnya syaitan bersama orang yang bersendirian (yakni berpecah)
dan menjauhi orang yang berdua (yakni berjamaah).
Sesiapa yang mengingini tempat di tengah-tengah syurga,
maka hendaklah dia sentiasa berjamaah.



Seorang sahabat Nabi bernama Abu Tsa’labah al-Khusyani radhiallahu 'anh menceritakan bahawa pada satu masa, apabila orang ramai bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang berada dalam satu perjalanan singgah beristirehat, mereka berpecah-pecah menuju ke lembah-lembah dan lereng-lerang bukit. Melihat yang sedemikian, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

إِنَّ تَفَرُّقَكُمْ فِي هَذِهِ الشِّعَابِ وَالأَوْدِيَةِ إِنَّمَا ذَلِكُمْ مِنْ الشَّيْطَانِ.

Sesungguhnya berpecah-pecahnya kalian ke lembah-lembah dan lereng-lerang bukit
tidak lain adalah perbuatan syaitan.

Abu Tsa’labah al-Khusyani meneruskan bahawa setelah itu
tidaklah mereka singgah di satu tempat
melainkan yang satu bergabung dengan yang lain,
seolah-olah jika dibentangkan sehelai kain,
nescaya ia menutupi mereka semua.[14]

Berdasarkan hadis-hadis di atas, dapat kita ketahui bahawa syaitan benci kepada jamaah dan menyukai perpecahan. Ia akan sentiasa mencari jalan agar kita umat Islam sentiasa berpecah kepada pelbagai kumpulan dan aliran, kemudiannya saling bermusuhan serta ujub di antara satu sama lain. Bahkan syaitan juga akan mencari jalan agar ahli-ahli dalam satu kumpulan atau aliran saling berpecah, saling bermusuhan dan saling bermegah









Monday, November 26, 2012

CINTA

Photobucket



Alhamdulillah..syukur ke hadrat ILAHI kerana diketuk pintu hati ini untuk menulis entry ilmiah dimana anatiba-tiba terfikir untuk membuat entry mengenai CINTA...huhu jeng jeng..^;< wink2!!

Apa itu CINTA? that is the cliche question..yup i know but i still want to ask did you know what is Love?

Cinta itu adalah fitrah bagi insan yang Allah jadikan..kita bukan malaikat yang tidak mempunyai rasa cinta di dalam hati. Atas sebab itu kita tak boleh menolak perasaan itu. Mencintai dan saling dicintai adalah sifat manusia. Cinta itu adalah sesuatu yang amat bernilai sekali dan kita seharusnya menjaga cinta itu dengan sebaik-baiknya. Oleh itu, Cinta itu hendaklah disalurkan ke tempat yang betul dan amat malang sekali jika cinta itu disalurkan ke tempat yang salah. Ya ana ingin menukil mengenai CINTA ILAHI.

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika kamu semua (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (sunnah-sunnahku),  nescaya Allah akan mengasihi kamu dan mengampunkan dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". [Surah Ali-Imran, ayat 31]


Ayat ini jelas menerangkan, perkaitan antara Cinta Allah dan Rasul-NYA, bermula dari mencintai Rasulullah S.A.W dengan mengikuti sunnah-sunnah Baginda S.A.W tanpa mempertikaikan atau mempersoalkan apabila jelas kebenarannya

Kita mencintai ALLAH kerana kita HambaNYA...
Betapa banyaknya nikmat yang Allah beri kepada kita dan cuba kita perhatikan diri kita sendiri untuk mencari nikmat yang Allah beri..Masya Allah...setiap hembusan nafas yang kita hembus adalah terhasil daripada oxygen yang kita hirup. Bertuahnya kita kerana Allah masih memberikan kita kesempatan untuk menghirup udara segar..bertuah kerana Allah masih beri kita peluang untuk bernafas..Alhamdulillah..Allah juga memberikan kita sepasang mata yang bersinar untuk melihat keindahan alam ciptaan Allah..SubhanaAllah..langit nan membiru yang terbentang luas dan dipagari oleh bintang-bintang yang bersinar..kita masih mampu lagi untuk melihatnya..syukur ya Allah..=)Amat cantik sekali ciptaan Allah. Cuba kita fikir seandainya nikmat itu Allah ambil balik apakah yang akan kita rasa? Terluka? kecewa? marah? Ingatlah nikmat itu adalah pemberian Allah dan seandainya DIA ingin mengambil balik kita tidak mempunyai hak untuk marah dan kecewa kerana semua itu hanyalah pinjaman Allah kepada kita dan semuanya milikNya yang mutlak. Allah bagi kita nikmat itu kerana ALLAH mencintai kita.. YA Allah mencintai kita! Allah amat menyayangi hamba-hambaNya yang bertaqwa..bukankah Allah itu MAHA PENYAYANG dan MAHA MENGASIHANI? 

Allah ada kata di dalam kitab CINTANYA...

14 34 17 Ayat Cinta Teragung!
Maksudnya: “Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.”( Ibrahim: 34)

Manusia itu seringkali alpa dan lupa nikmat yang diberikan Allah. Malah ada sebahagian dari kita tidak menghargai  nikmat yang diberikan dengan cara tidak mengerjakan segala suruhan Allah. Mulai detik ini ini tanamkanlah di dalam hati untuk membasahkan lidah dengan sentiasa berzikir kepadaNya..setiap hari tanpa jemu. Itulah salah satu cara untuk menunjukkan kita sebagai hambanya yang lemah menunjukkan rasa cinta dan terima kasih kepada Sang Pemberi Nikmat.

Kadang-kadang Allah memberi hambaNYA ujian untuk menunjukkan betapa Allah cintakan hambaNYA. Allah beri ujian bukan sebab Allah tak sayang kita tapi Allah terlalu sayangkan kita. Cuba kita fikir kalau Allah tak sayang kita Allah takkan endahkan kita. Dia biarkan kita lalai dan terleka. Tetapi disebabkan Allah itu amat cinta akan kita Dia beri kita ujian agar dengan ujian itu kita jadi manusia yang lebih bertaqwa dan sedar bahwa hanya kepada Dia sahaja tempat kita bergantung harap. Dia rindu untuk mendengar rayuan doa kita kepadaNya..Dia mahu kita jadi insan yang sentiasa memohon kepadaNya. Lagipun, Allah tak akan uji para hambaNya jika hambaNya tidak mampu menanggung ujian itu..Jadi Allah bagi kita sesuatu ujian itu kerana kita mampu untuk menanggungya..


"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.Dia mendapat pahala ( daripada kebajikan ) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (daripada kejahatan) yang dikerjakannya..."
(surah al-baqarah 284)


Kesimpulannya, Cinta Allah adalah Cinta Teragung, namun dalam membicarakannya adakah kita di landasan yang betul atau sekadar mengikut fikiran kita tanpa berpandukan Kitab-NYA dan Sunnah Rasul-NYA, yang telah jelas menerangkan perkaitan antara Cinta Allah, Cinta Rasu-NYA dan Cinta Makhluk