Wednesday, April 10, 2013

Siapakah aku?

Assalamualaikum...

Alhamdulillah petang tadi ada usrah dengan kak Niza dan kak Hasya..SubhanaAllah banyak sangat dapat hari ni. Usrah kami bincang pasal tajuk "Siapakah aku?" Mula-mula kak Niza dan kak Hasya suruh ambil kertas dan tulis tentang tajuk tu. Tulis apa tujuan kita hidup n so on. Kak Niza bagi masa beberapa minit untuk tulis n then presentkan.

 Ana pun presenkanlah apa yang ana tulis..

                         "Aku merupakan seorang manusia biasa yang hidup di atas muka bumi Allah, menghirup udara yang diberikanNya dan memikul amanah yang diucapkanku ketika di alam roh iaitu " Allah itu Tuhan Aku dan Tiada Tuhan selain Allah". Aku sedar aku tidak punya apa-apa kecuali Allah di dalam hatiku dan aku sedar suatu hari nanti aku akan bertemu Cinta yang Abadi iaitu Allah yang Maha Mengasihani."

Allah siapa aku? Aku cuma manusia biasa..
punya banyak kelemahan..banyak melakukan dosa..
aku tiada apa-apa ya Allah..
apa yang aku ada semua milik kau ya Allah...
ya Allah kerdilnya aku pada mu ya Alllah..

Allah...dengarlah rintihan hatiku..
Kau Maha Mengasihani Maha Penyayang..
Kau beri apa yang aku pinta mahupun tidak..
tapi aku ya Allah?
terus melakukan dosa..astagfirullahalazim..
ampunkan aku ya Allah...
ampunkan aku...

Aku ingin mencintaiMu ya Allah...cinta dengan sepenuh hati.