Monday, March 3, 2014

Manisnya Ukhuwah itu..=')

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Dengan taufiq dan hidayah Allah, Dia mengerakan hati saya untuk menitipkan tajuk mengenai UKHUWAH. Ya ukhuwah itu sangat indah, jika matlamatnya kerana Allah. Jika Allah yang dituju. Jika Allah yang dicari. Indahnya. Betapa indahnya ukhuwah itu kerena Allah. Dan betapa bertuahnya mereka yang terpilih untuk berada di dalam untaian ukhuwah berlandaskan Pencipta.

             " Sahabat yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya,
kamu teringat Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, 
melihat gerak-gerinya teringat mati"


Indahnya ukhuwah dan persahabatan yang dibina jika berlandaskan redha Allah. Dulu mungkin kita bersahabat kerana dia dalah course mate, classmate roomate, soulmate (eh??) dan apa-apa lagi mate tapi kerana Allah membukakan mata kita bahawa sebenarnya ukhuwah itu lebih dari itu.


Ukhuwah yang dibina kerana ALLAH akan membuatkan diri berusaha menerima kekurangan dan kelebihan sahabat selain cuba untuk memaafkan dan memohon kemaafan terlebih dahulu kerana Islam adalah agama penuh kasih sayang. Maka, setiap Muslim dianjurkan untuk meminta maaf sebelum orang meminta maaf. Kerana apa? kerana ungkapan maaf yang lahir dari hati itu lebih dekat kepada ketakwaan seperti firman ALLAH yang bermaksud:

 "Dan jika kamu memohon maaf, maka itu lebih dekat kepada Taqwa". (Surah al-Baqarah, ayat 237)

Ada kata-kata menyebut " Serendah-rendah ukhuwah ialah SALAMATUS SODR (bersangka baik) dan setinggi-tinggi ukhuwah adalah AL-ITSAR.."

Berhusnuzon ( bersangka baik ), dalam setiap persahabatan seharusnya tiada prasangka buruk terhadap satu sama lain. Tapi, serendah-rendah tahap ukhuwah inilah sukar untuk kita realitikan.
Al-ITSAR itu pula sanggup mengorbankan kepentingan diri semata-mata untuk sahabat yang dicintai di jalan ALLAH. 

Akhir kalam, hayatilah kata-kata Imam Al-Ghazali " Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir, tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya.." Nabi Muhammad s.a.w sendiri bersabda " 


Maka, dalam setiap sujud kita, titipkanlah doa buat sahabat-sahabat yang kita sayangi kerana ALLAH. Malaikat jua akan mendoakan mengaminkan doa kita. Waallahualam.




Saturday, March 1, 2014

Passion.

Bismillahirrahmanirrahim...

In The Name of Allah the Most Merciful and Most Gracious. I seek your forgiveness.


Allah,
I know you choose me to enter this for me to be better in the future.
Aku tahu Kau merancang sesuatu buat diriku ini.
Maka,
Berilah aku kekuatan dalam menempuhnya serta melaksanakannya.

Wahai Allah,
Aku jua tahu kau hadirkan mereka yang hebat-hebat disekelilingku untuk aku belajar  dari mereka.
Mengenali mereka, merupakan anugerah terindah buat diri ini ya Allah.
Betapa aku dapat rasakan sentuhan kasih sayangMu yang tidak terperi.
Harapanku, dengan ukhuwah ini mengeratkan hubunganku denganMu.
Mengeratkan tali-tali persahabatan yang sedia terjalin.

Allah tuhanku,
Betapa sukar untukku mengambarkan perasaanku kala ini,
Aku tahu Kau yang Maha Mengetahui segala isi hati hambaMu.
Ikhlaskan diriku dalam setiap derap langkahku,
Agar aku memperoleh pandanganMu.
Aku mohon mudahkanlah jalanya dan moga aku menjadi orang yang bermanfaat kepada insan lain.

Amin ya Rabb..

Friday, January 17, 2014

Book Review:Revolusi


Assalamualaikum,

Before I forget what I have read, so today i would like to make book review title Revolusi by Ustaz Pahrol Mohamad Juoi.






image







This is the first fiction book by Ustaz Pahrol which consist of 14 short stories. In truth, I have not finished it. I already finished 5 out of the stories. So, I only make review one of the stories..hehe

In muqaddimah, ustaz memberitahu misi buku ini diterbitkan adalah untuk “memanusiakan” manusia. Eh?? Apa yang dimaksudkan “mamanusiakan” manusia?? Adakah manusia yang bukan manusia? Ligat saya memikirkan maksud tersirat ustaz. Jawapannya ADA. Bukan pada rupa tapi pada jiwa. Untuk kukuhkan lagi jawapan, ustaz beri petikan in al-quran surah al-Araf verse 179. This verse tell about hearts,eyes, and ears. I know some of you familiar with this verse I assume.

Saya suka sentence ustaz menyebut apabila seseorang itu buta mata hati mereka akan lebih hina daripada haiwan. Mereka bukan sahaja menghancurkan diri sendiri malah menghancurkan orang disekitar mereka. Apabila akal mereka didominasi oleh hawa nafsu akan berlakunya keruntuhan spiritual di tengah kepesatan pembangunan. Apa yang saya dapat simpulkan ialah seorang itu akan jauh dari kebenaran(agama) sekiranya nafsu  menguasai pemikiran walaupun memiliki keintelektualan yang tinggi. So, teruskan lagi….

Dalam helaian muka surat pertama, cerpen pertama yang terpapar bertajuk ‘Darul Taqwa’. Hebat kisah ini. Saya akan menceritakan mengikut kefahaman saya dari penceritaan ustaz.Kisah ini memaparkan seorang pemuda yang tersedar dari pengsan dan bertanya di mana dia berada? Suasana di sekeliling dia sangat asing. Dia dimarah ketika membuang kertas di tepi jalan. Ditegur seorang lelaki yang mengatakan kebersihan itu separuh daripada iman. Dia semakin keliru adakah ini Key El? Mengapa kubah-kubah dijadikan puncak bangunan pencakar langit. Adunan kesenian kubah Masjid Biru Instanbul dengan kemodenan Burj Khalifah?Idea siapa itu? Lelaki itu melihat lagi sekeliling. Dia tidak menghidu bau petrol mahupun gas dan tidak nampak langsung asap berkepul-kepul dari ekzos. ‘Super advance’! Dia berbisik.

Dia juga melihat pakaian mereka semuanya berjubah dan berserban.Hatinya memberontak ‘mengapa mereka memakai pakaian yang ketinggalan zaman”?!Pakaian mereka kolot tetapi bagaimana dengan kereta futuristik , sut terbang dan kereta api laju mereka?Bagaimana manusia-manusia kolot itu mempunyai kemahiran mengendalikan teknologi begitu tinggi?Timbul berbagai persoalan dalam benak lelaki itu. Lantas dijawab oleh seorang pemuda pakaian yang dipakai oleh dia ialah fesyen generasi lima puluh tahun lampau ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa.Sekarang Islam sudah kuat dan tiada sesiapa memakai pakaian seperti itu. Lelaki itu terus bertanya di mana dia berada?Jawab pemuda itu dia berada di bandaraya Mutmainnah.Dulu dikenali sebagai Key El dan mereka berada di Jalan Mujahadah yang dulunya Jalan Chow Kit.Dia juga didenda membuang sampah mengikut Akta 1.3 Kanun Taubat dan Kifarat iaitu mengucap tiga puluh kali Astagfirullah,berselawat seribu kali.

Itulah serba sedikit saya kisahkan cerpen pertama ustaz yang berajuk Darul Taqwa. Pengakhiran kisah ini ialah lelaki itu terbangun dari tidur.Dia tertidur ketika menunggu keputusan pilihan raya Semua undi rosak dan rakyat memprotes sercara besar-besaran.Rakyat mahukan Islam.Lelaki itu terus teringat Darul Taqwa. Banyak ibrah yang kita boleh ambil dari kisah ini sebenarnya. Salah satunya ialah indahnya hidup ini jika rakyat dan negara mempraktikan ajaran Islam secara syumul. Ya,Islam itu sangat Indah.

Ini antara quote di belakang buku ini

"Orang revolusi mesti kreatif, berani dan kritis untuk memberi pandagan radikal. Jika hanya tukang angguk-angguk, tidak ke mana akhirnya. Bagaimanapun, apa boleh buat. Menteri Beruk adalah orang terpandai dalam kalangan rakyatnya. The best among the worst!" Quote ini adalah salah satu cerpen dalam buku ini juga yang bertajuk Revolusi.

”..aku akan memimpin rakyatku untuk satu revolusi. Revolusi besar,hebat dan gagah. Revolusi apa?Menukar dan meminpin beruk menjadi manusia! Nah, itu misi revolusiku” .

Grab this book now!!=)