Monday, March 3, 2014

Manisnya Ukhuwah itu..=')

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Dengan taufiq dan hidayah Allah, Dia mengerakan hati saya untuk menitipkan tajuk mengenai UKHUWAH. Ya ukhuwah itu sangat indah, jika matlamatnya kerana Allah. Jika Allah yang dituju. Jika Allah yang dicari. Indahnya. Betapa indahnya ukhuwah itu kerena Allah. Dan betapa bertuahnya mereka yang terpilih untuk berada di dalam untaian ukhuwah berlandaskan Pencipta.

             " Sahabat yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya,
kamu teringat Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, 
melihat gerak-gerinya teringat mati"


Indahnya ukhuwah dan persahabatan yang dibina jika berlandaskan redha Allah. Dulu mungkin kita bersahabat kerana dia dalah course mate, classmate roomate, soulmate (eh??) dan apa-apa lagi mate tapi kerana Allah membukakan mata kita bahawa sebenarnya ukhuwah itu lebih dari itu.


Ukhuwah yang dibina kerana ALLAH akan membuatkan diri berusaha menerima kekurangan dan kelebihan sahabat selain cuba untuk memaafkan dan memohon kemaafan terlebih dahulu kerana Islam adalah agama penuh kasih sayang. Maka, setiap Muslim dianjurkan untuk meminta maaf sebelum orang meminta maaf. Kerana apa? kerana ungkapan maaf yang lahir dari hati itu lebih dekat kepada ketakwaan seperti firman ALLAH yang bermaksud:

 "Dan jika kamu memohon maaf, maka itu lebih dekat kepada Taqwa". (Surah al-Baqarah, ayat 237)

Ada kata-kata menyebut " Serendah-rendah ukhuwah ialah SALAMATUS SODR (bersangka baik) dan setinggi-tinggi ukhuwah adalah AL-ITSAR.."

Berhusnuzon ( bersangka baik ), dalam setiap persahabatan seharusnya tiada prasangka buruk terhadap satu sama lain. Tapi, serendah-rendah tahap ukhuwah inilah sukar untuk kita realitikan.
Al-ITSAR itu pula sanggup mengorbankan kepentingan diri semata-mata untuk sahabat yang dicintai di jalan ALLAH. 

Akhir kalam, hayatilah kata-kata Imam Al-Ghazali " Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir, tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya.." Nabi Muhammad s.a.w sendiri bersabda " 


Maka, dalam setiap sujud kita, titipkanlah doa buat sahabat-sahabat yang kita sayangi kerana ALLAH. Malaikat jua akan mendoakan mengaminkan doa kita. Waallahualam.




Saturday, March 1, 2014

Passion.

Bismillahirrahmanirrahim...

In The Name of Allah the Most Merciful and Most Gracious. I seek your forgiveness.


Allah,
I know you choose me to enter this for me to be better in the future.
Aku tahu Kau merancang sesuatu buat diriku ini.
Maka,
Berilah aku kekuatan dalam menempuhnya serta melaksanakannya.

Wahai Allah,
Aku jua tahu kau hadirkan mereka yang hebat-hebat disekelilingku untuk aku belajar  dari mereka.
Mengenali mereka, merupakan anugerah terindah buat diri ini ya Allah.
Betapa aku dapat rasakan sentuhan kasih sayangMu yang tidak terperi.
Harapanku, dengan ukhuwah ini mengeratkan hubunganku denganMu.
Mengeratkan tali-tali persahabatan yang sedia terjalin.

Allah tuhanku,
Betapa sukar untukku mengambarkan perasaanku kala ini,
Aku tahu Kau yang Maha Mengetahui segala isi hati hambaMu.
Ikhlaskan diriku dalam setiap derap langkahku,
Agar aku memperoleh pandanganMu.
Aku mohon mudahkanlah jalanya dan moga aku menjadi orang yang bermanfaat kepada insan lain.

Amin ya Rabb..