Monday, March 3, 2014

Manisnya Ukhuwah itu..=')

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Dengan taufiq dan hidayah Allah, Dia mengerakan hati saya untuk menitipkan tajuk mengenai UKHUWAH. Ya ukhuwah itu sangat indah, jika matlamatnya kerana Allah. Jika Allah yang dituju. Jika Allah yang dicari. Indahnya. Betapa indahnya ukhuwah itu kerena Allah. Dan betapa bertuahnya mereka yang terpilih untuk berada di dalam untaian ukhuwah berlandaskan Pencipta.

             " Sahabat yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya,
kamu teringat Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, 
melihat gerak-gerinya teringat mati"


Indahnya ukhuwah dan persahabatan yang dibina jika berlandaskan redha Allah. Dulu mungkin kita bersahabat kerana dia dalah course mate, classmate roomate, soulmate (eh??) dan apa-apa lagi mate tapi kerana Allah membukakan mata kita bahawa sebenarnya ukhuwah itu lebih dari itu.


Ukhuwah yang dibina kerana ALLAH akan membuatkan diri berusaha menerima kekurangan dan kelebihan sahabat selain cuba untuk memaafkan dan memohon kemaafan terlebih dahulu kerana Islam adalah agama penuh kasih sayang. Maka, setiap Muslim dianjurkan untuk meminta maaf sebelum orang meminta maaf. Kerana apa? kerana ungkapan maaf yang lahir dari hati itu lebih dekat kepada ketakwaan seperti firman ALLAH yang bermaksud:

 "Dan jika kamu memohon maaf, maka itu lebih dekat kepada Taqwa". (Surah al-Baqarah, ayat 237)

Ada kata-kata menyebut " Serendah-rendah ukhuwah ialah SALAMATUS SODR (bersangka baik) dan setinggi-tinggi ukhuwah adalah AL-ITSAR.."

Berhusnuzon ( bersangka baik ), dalam setiap persahabatan seharusnya tiada prasangka buruk terhadap satu sama lain. Tapi, serendah-rendah tahap ukhuwah inilah sukar untuk kita realitikan.
Al-ITSAR itu pula sanggup mengorbankan kepentingan diri semata-mata untuk sahabat yang dicintai di jalan ALLAH. 

Akhir kalam, hayatilah kata-kata Imam Al-Ghazali " Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir, tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya.." Nabi Muhammad s.a.w sendiri bersabda " 


Maka, dalam setiap sujud kita, titipkanlah doa buat sahabat-sahabat yang kita sayangi kerana ALLAH. Malaikat jua akan mendoakan mengaminkan doa kita. Waallahualam.




Saturday, March 1, 2014

Passion.

Bismillahirrahmanirrahim...

In The Name of Allah the Most Merciful and Most Gracious. I seek your forgiveness.


Allah,
I know you choose me to enter this for me to be better in the future.
Aku tahu Kau merancang sesuatu buat diriku ini.
Maka,
Berilah aku kekuatan dalam menempuhnya serta melaksanakannya.

Wahai Allah,
Aku jua tahu kau hadirkan mereka yang hebat-hebat disekelilingku untuk aku belajar  dari mereka.
Mengenali mereka, merupakan anugerah terindah buat diri ini ya Allah.
Betapa aku dapat rasakan sentuhan kasih sayangMu yang tidak terperi.
Harapanku, dengan ukhuwah ini mengeratkan hubunganku denganMu.
Mengeratkan tali-tali persahabatan yang sedia terjalin.

Allah tuhanku,
Betapa sukar untukku mengambarkan perasaanku kala ini,
Aku tahu Kau yang Maha Mengetahui segala isi hati hambaMu.
Ikhlaskan diriku dalam setiap derap langkahku,
Agar aku memperoleh pandanganMu.
Aku mohon mudahkanlah jalanya dan moga aku menjadi orang yang bermanfaat kepada insan lain.

Amin ya Rabb..

Friday, January 17, 2014

Book Review:Revolusi


Assalamualaikum,

Before I forget what I have read, so today i would like to make book review title Revolusi by Ustaz Pahrol Mohamad Juoi.






image







This is the first fiction book by Ustaz Pahrol which consist of 14 short stories. In truth, I have not finished it. I already finished 5 out of the stories. So, I only make review one of the stories..hehe

In muqaddimah, ustaz memberitahu misi buku ini diterbitkan adalah untuk “memanusiakan” manusia. Eh?? Apa yang dimaksudkan “mamanusiakan” manusia?? Adakah manusia yang bukan manusia? Ligat saya memikirkan maksud tersirat ustaz. Jawapannya ADA. Bukan pada rupa tapi pada jiwa. Untuk kukuhkan lagi jawapan, ustaz beri petikan in al-quran surah al-Araf verse 179. This verse tell about hearts,eyes, and ears. I know some of you familiar with this verse I assume.

Saya suka sentence ustaz menyebut apabila seseorang itu buta mata hati mereka akan lebih hina daripada haiwan. Mereka bukan sahaja menghancurkan diri sendiri malah menghancurkan orang disekitar mereka. Apabila akal mereka didominasi oleh hawa nafsu akan berlakunya keruntuhan spiritual di tengah kepesatan pembangunan. Apa yang saya dapat simpulkan ialah seorang itu akan jauh dari kebenaran(agama) sekiranya nafsu  menguasai pemikiran walaupun memiliki keintelektualan yang tinggi. So, teruskan lagi….

Dalam helaian muka surat pertama, cerpen pertama yang terpapar bertajuk ‘Darul Taqwa’. Hebat kisah ini. Saya akan menceritakan mengikut kefahaman saya dari penceritaan ustaz.Kisah ini memaparkan seorang pemuda yang tersedar dari pengsan dan bertanya di mana dia berada? Suasana di sekeliling dia sangat asing. Dia dimarah ketika membuang kertas di tepi jalan. Ditegur seorang lelaki yang mengatakan kebersihan itu separuh daripada iman. Dia semakin keliru adakah ini Key El? Mengapa kubah-kubah dijadikan puncak bangunan pencakar langit. Adunan kesenian kubah Masjid Biru Instanbul dengan kemodenan Burj Khalifah?Idea siapa itu? Lelaki itu melihat lagi sekeliling. Dia tidak menghidu bau petrol mahupun gas dan tidak nampak langsung asap berkepul-kepul dari ekzos. ‘Super advance’! Dia berbisik.

Dia juga melihat pakaian mereka semuanya berjubah dan berserban.Hatinya memberontak ‘mengapa mereka memakai pakaian yang ketinggalan zaman”?!Pakaian mereka kolot tetapi bagaimana dengan kereta futuristik , sut terbang dan kereta api laju mereka?Bagaimana manusia-manusia kolot itu mempunyai kemahiran mengendalikan teknologi begitu tinggi?Timbul berbagai persoalan dalam benak lelaki itu. Lantas dijawab oleh seorang pemuda pakaian yang dipakai oleh dia ialah fesyen generasi lima puluh tahun lampau ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa.Sekarang Islam sudah kuat dan tiada sesiapa memakai pakaian seperti itu. Lelaki itu terus bertanya di mana dia berada?Jawab pemuda itu dia berada di bandaraya Mutmainnah.Dulu dikenali sebagai Key El dan mereka berada di Jalan Mujahadah yang dulunya Jalan Chow Kit.Dia juga didenda membuang sampah mengikut Akta 1.3 Kanun Taubat dan Kifarat iaitu mengucap tiga puluh kali Astagfirullah,berselawat seribu kali.

Itulah serba sedikit saya kisahkan cerpen pertama ustaz yang berajuk Darul Taqwa. Pengakhiran kisah ini ialah lelaki itu terbangun dari tidur.Dia tertidur ketika menunggu keputusan pilihan raya Semua undi rosak dan rakyat memprotes sercara besar-besaran.Rakyat mahukan Islam.Lelaki itu terus teringat Darul Taqwa. Banyak ibrah yang kita boleh ambil dari kisah ini sebenarnya. Salah satunya ialah indahnya hidup ini jika rakyat dan negara mempraktikan ajaran Islam secara syumul. Ya,Islam itu sangat Indah.

Ini antara quote di belakang buku ini

"Orang revolusi mesti kreatif, berani dan kritis untuk memberi pandagan radikal. Jika hanya tukang angguk-angguk, tidak ke mana akhirnya. Bagaimanapun, apa boleh buat. Menteri Beruk adalah orang terpandai dalam kalangan rakyatnya. The best among the worst!" Quote ini adalah salah satu cerpen dalam buku ini juga yang bertajuk Revolusi.

”..aku akan memimpin rakyatku untuk satu revolusi. Revolusi besar,hebat dan gagah. Revolusi apa?Menukar dan meminpin beruk menjadi manusia! Nah, itu misi revolusiku” .

Grab this book now!!=)

Saturday, December 14, 2013

6 Pesanan Imam al-Ghazali



Bismillahirrahmanirahim.

In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful.

Today I want to share to you guys about 6 advices from Imam Al-Ghazali.



Apabila berjumpa KANAK-KANAK, 
anggaplah mereka lebih mulia daripada kita 
kerana kanak-kanak belum dibebani dosa.

Apabila berhadapan dengan ORANG TUA pula, 
anggaplah mereka juga lebih mulia
kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.

Apabila melihat ORANG JAHIL, anggaplah mereka lebih mulia
kerana mereka  berbuat dosa kerana kejahilan
sedangkan kita berdosa dalam keadaan mengetahuinya.

Apabila berjumpa ORANG JAHAT, jangan anggap kita mulia.
Mungkin ornag jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya,
sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.

Apabila bertemu ORANG KAFIR,katakan,
belum tentu dia akan kafir selama-selamanya.

Thursday, December 12, 2013

Aku penapis, teko dan teh.

Bismillahirrahmanirrahim ( In the name of Allah the Most Gracious and Most Merciful)

So today as the title above i want to share some analogy with all of you.





Kita ni diibaratkan seperti teh,teko dan penapis.

 Kita akan menghadapi pelbagai tapisan ketika di dunia. Contohya, Allah s.w.t menapis setiap hambaNya yang beriman melalui pelbagai mehnah,ujian dan tribulasi yang kadangkala boleh membuatkan hambaNya lebih dekat dengaNya malah sebaliknya. Semua ujian itu adalah untuk melihat sejauh mana mantapnya iman dan tawakkalnya dia kepada Allah. Ada orang yang lebih kuat selepas Allah menapisnya dengan ujian dan ada orang yang semakin jauh. Dan orang yang kuat setelah ditimpah sesuatu ujian atau musibah akan dapat merasai manisnya kasih sayang Allah melalui ujian yang diturunkanNya.

Jadi apa pula kaitannya dengan penapis, teh dan teko?

Kita tahu penapis digunakan untuk menapis segala benda asing dari memasuki minuman. Jadi dalam konteks ini, segala serbuk teh di dalam teko perlu ditapis sebelum dituang ke dalam cawan. Selepas ditapis, teh yang dihidangkan lebih harum dan manis. Kesimpulannya serbuk teh di dalam teko itu sebenarnya mengambarkan ujian,mehnah dan tribulasi yang perlu kita tempuhi. Teko itu ibarat kehidupan kita. Dan penapis merupakan alat yang menghubungkan keduanya. Teh yang siap ditapis itu pulak dianologikan seperti rahmat dan kasih sayang Allah.

Akhir kata, jika ujian yang Allah berikan kita tak dapat untuk adapt, kita sama seperti serbuk teh yang tertinggal di dalam teko. Tapi andai kita berusaha untuk keluar dari tapisan itu, Insha allah kita merupakan orang yang terpilih dan beriman. Wallahualam.

Sunday, December 8, 2013

5 Years-Miracle

Bismillahirrahmanirahim (In the name of Allah the most Gracious and Merciful)

Assalamualaikum,

Today, I learnt something.
Something that I keep wondering myself.
Who I am?
Have I talented?
Have I outstanding? Great?

*sight

I just don't even know if I have talent or not. I am just wondering why I don't have any talent that make me more confident on myself. I feel quite jealous to some of my friends who have confident and excellent in every steps that they take.

Once, I hear my friends comparing me with others. I feel very downhearted.Why? Why?
Do I born with no talents?

Until now, I don't even know what my passion and what field  I am good with.

I want to be like her.
I want to be like him.

They are just great.

But,
The MAIN problem is I don't have self confidence and I don't believe myself I can handle the matter or not.

5 years from now,
I hope miracle happen.

I want to change my attitude, character, quality and so on to be the BETTER person.

Ya,

5 years from now,
I am different person.

sincerely,
Mawar


Monday, June 17, 2013

3 Jenis Cinta Kepada Nabi

3 Jenis Cinta Manusia Kepada

1) Cinta Abu Lahab kepada Nabi

Abu Lahab mencintai nabi Muhammad sejak bayi lagi. Malah dialah diantara orang yang sangat gembira dengan kelahiran Nabi. Selepas Nabi lahir, Abu Lahab menyuruh Suwaibah (hamba kepada Abu Lahab) supaya menyusukan Nabi. Sejak dari Nabi kecil sampai dewasa Abu Lahab tidak pernah mempunyai masalah dengan disebabkan dia sangat sayang akan nabi. Tetapi apabila Nabi Muhammad s.a.w ingin mengajak dia agar mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya, dialah orang yang paling lancang mecelakakan Baginda. Malah dia melakukan pelbagai usaha untuk mengagalkan dakwah nabi. Jadi Allah tidak redha akan dia.

* Jadi manusia seperti Abu Lahab ini dia mengaku cintakan nabi, tetapi dalam masa yang sama, dialah yang membangkang dan menentang usaha-usaha untuk bawa ajaran Islam kepada umat yang lain. Mereka ini persis seperti Abu Lahab.


2) Cinta Abu Talib kepada Nabi

Abu Talib juga sangat cinta akan Nabi Muhammad s.a.w. Malah dialah yang telah bela dan lindungi nabi sejak kecil sampai Abu Talib meningal dunia pada usia sekitar 80 tahun. Tetapi apabila Nabi mengajak Abu Talib agar mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya, Abu Talib berikan banyak alasan. Dia tidak terima dakwah Nabi, tidak ikut ajaran Nabi dan dalam masa yang sama tidak pula dia menentang dan bangkang ajaran Nabi. Allah tetap tidak redha dia.

*Jadi manusia seperti ini ialah mereka yang mengaku cinta akan nabi iaitu jika Nabi dihina dan diperlekeh, merekalah yang akan bangkit membela nabi. Tapi malangnya ajaran-ajaran Nabi tidak pula dihayati dan diambil sepenuhnya. Mereka hanya sekandar cinta sahaja. Mereka ini persis seperti Abu Talib.


3) Cinta Abu Bakar RadiAllahu anhu kepada Nabi

Abu Bakar RadiAllahu anhu sama juga seperti Abu Talib dan Abu Lahab yang amat mencintai Nabi Muhammad s.a.w.Tetapi apa yang membezakan Abu Bakar RadhiAllahu 'anhu  ialah beliau bukan setakat cinta, bahkan bela,lindung dan berkorban untuk Nabi. Dan apa yang lebih istimewa ialah beliau juga ikut seruan nabi 100%. Bahkan setelah Baginda wafat, beliau terus menyambung perjuagan dakwah Nabi untuk mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya. Beliau juga merupakan antara sahabat nabi yang dijamin masuk syurga.

*Jadi orang yang seperti Abu Bakar ini ialah orang yang mencintai nabi sepenuh hati dan sentiasa berusaha untuk menghayati ajaran yang dibawa oleh nabi. Contohnya para tabi'in,orang-orang soleh dan para sahabat nabi yang lain sentiasa bekobar meneruskan dakwah nabi. Orang seperti Abu Bakar juga tetap di atas jalan Nabi walaupun persekitaran memilih sebaliknya.

Konklusinya tepuk dada tanya hati kecil kita, cinta kita kepada nabi Muhammad s.a.w cinta yang macam mana?