Monday, June 17, 2013

3 Jenis Cinta Kepada Nabi

3 Jenis Cinta Manusia Kepada

1) Cinta Abu Lahab kepada Nabi

Abu Lahab mencintai nabi Muhammad sejak bayi lagi. Malah dialah diantara orang yang sangat gembira dengan kelahiran Nabi. Selepas Nabi lahir, Abu Lahab menyuruh Suwaibah (hamba kepada Abu Lahab) supaya menyusukan Nabi. Sejak dari Nabi kecil sampai dewasa Abu Lahab tidak pernah mempunyai masalah dengan disebabkan dia sangat sayang akan nabi. Tetapi apabila Nabi Muhammad s.a.w ingin mengajak dia agar mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya, dialah orang yang paling lancang mecelakakan Baginda. Malah dia melakukan pelbagai usaha untuk mengagalkan dakwah nabi. Jadi Allah tidak redha akan dia.

* Jadi manusia seperti Abu Lahab ini dia mengaku cintakan nabi, tetapi dalam masa yang sama, dialah yang membangkang dan menentang usaha-usaha untuk bawa ajaran Islam kepada umat yang lain. Mereka ini persis seperti Abu Lahab.


2) Cinta Abu Talib kepada Nabi

Abu Talib juga sangat cinta akan Nabi Muhammad s.a.w. Malah dialah yang telah bela dan lindungi nabi sejak kecil sampai Abu Talib meningal dunia pada usia sekitar 80 tahun. Tetapi apabila Nabi mengajak Abu Talib agar mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya, Abu Talib berikan banyak alasan. Dia tidak terima dakwah Nabi, tidak ikut ajaran Nabi dan dalam masa yang sama tidak pula dia menentang dan bangkang ajaran Nabi. Allah tetap tidak redha dia.

*Jadi manusia seperti ini ialah mereka yang mengaku cinta akan nabi iaitu jika Nabi dihina dan diperlekeh, merekalah yang akan bangkit membela nabi. Tapi malangnya ajaran-ajaran Nabi tidak pula dihayati dan diambil sepenuhnya. Mereka hanya sekandar cinta sahaja. Mereka ini persis seperti Abu Talib.


3) Cinta Abu Bakar RadiAllahu anhu kepada Nabi

Abu Bakar RadiAllahu anhu sama juga seperti Abu Talib dan Abu Lahab yang amat mencintai Nabi Muhammad s.a.w.Tetapi apa yang membezakan Abu Bakar RadhiAllahu 'anhu  ialah beliau bukan setakat cinta, bahkan bela,lindung dan berkorban untuk Nabi. Dan apa yang lebih istimewa ialah beliau juga ikut seruan nabi 100%. Bahkan setelah Baginda wafat, beliau terus menyambung perjuagan dakwah Nabi untuk mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya. Beliau juga merupakan antara sahabat nabi yang dijamin masuk syurga.

*Jadi orang yang seperti Abu Bakar ini ialah orang yang mencintai nabi sepenuh hati dan sentiasa berusaha untuk menghayati ajaran yang dibawa oleh nabi. Contohnya para tabi'in,orang-orang soleh dan para sahabat nabi yang lain sentiasa bekobar meneruskan dakwah nabi. Orang seperti Abu Bakar juga tetap di atas jalan Nabi walaupun persekitaran memilih sebaliknya.

Konklusinya tepuk dada tanya hati kecil kita, cinta kita kepada nabi Muhammad s.a.w cinta yang macam mana?









No comments:

Post a Comment