Tuesday, June 11, 2013

Kita umat Terbaik !

Assalamualaikum n salam sejahtera...


Apa yang dikatakan dengan umat terbaik? Kalau kita hayati surah ali-Imran ayat 110

A110

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).


Kita digelar khairan ummatin (Umat terbaik) kerana pertama: Kita diperintah membuat makruf ,yang kedua :watanhau na anil mungkar iaitu mencegah perkara mungkin dan yang terakhir sekali watukminu nabil lla beriman kepada Allah. Melalui ayat ini kita tahu bahawa kita digelar umat terbaik kerana kita disuruh menjalankan kerja-kerja dakwah berbeza dengan umat-umat terdahulu di mana tugas dakwah hanya diperintahkan kepada para nabi  dan rasul sahaja. Umat terdahulu hanya diperintahkan beribadah kepada Allah sahaja. Kita disuruh menyampaikan kebenaran tentang dunia,akhirat, Islam, Iman dan sebagainya disamping mencegah kemungkaran daripada berleluasa di muka bumi. Oleh itu, umat akhir zaman dimuliakan dengan tugas dakwah yang diberikan.

Kenapa kita diberi tugas dakwah sedangkan umat terdahulu tidak? Kita diberi tugas dakwah kerana setelah nabi Muhammad s.a.w wafat tiada nabi lain lagi yang akan turun. Nabi Isa a.s turun pun nanti sebagai umat nabi Muhammad s.a.w.Oleh itu kita ni yang akan menyambung legasi kerja-kerja dakwah nabi.

Kita juga pasti tertanya-tanya lagi kenapa kita digelar umat terbaik sedangkan umat terdahulu kita sedia maklum ada diantara mereka yang sangat kuat beribadah dan kerja mereka 24 jam diperuntukkan beribadah kepada Allah berbeza dengan umat di zaman ini. Ya kalau kita nak bandingkan umat terdahulu mereka menang dari segi ibadah,saiz, dan umur yang panjang. Kita rata-rata umat akhir zaman jangka hayat antara 60-70 tahun. Sebenarnya umat nabi Muhammad s.a.w banyak kelebihannya berbading dengan umat nabi Adam a.s iaitu

1)Umat nabi Adam a.s. diberikan taubat di mekah sedangkan umat nabi  Muhammad s.a.w tidak kira dimana-     mana sahaja taubat mereka diterima.

2) Nabi Adam a.s pernah berkata ketika aku melakukan dosa, maka Allah menelanjangkan aku, sedangkan aku dalam keadaan berpakaian. Namun umat nabi Muhammad s.a.w walaupun melakukan dosa dalam keadaan bertelanjang sekalipun Allah masih beri mereka pakaian. Makna Allah masih beri mereka pakaian ialah Allah menutupi aib mereka.

3) Nabi-nabi terdahulu telah mengunakan doa mustajab mereka untuk membinasakan umat mereka terdahulu yang ingkar perintah Allah sedangkan  nabi Muhammad s.a.w telah meminta doa mustajabnya untuk disimpan di akhirat sebagai syafaat.

Betapa beruntungnya kita dilahirkan sebagai umat terbaik.

Ana ingin menceritakan satu kisah tentang nabi dan para sahabat.

Pada suatu ketika Rasulullah bertanya kepada para sahabat, "Siapakah yang paling luar biasa imannya"?

Para sahabat menjawab,"Malaikat, ya Rasulullah."

Balas Rasulullah, "Sudah tentulah malaikat luar biasa imannya, kerana mereka sentiasa di sisi Allah."

Seketika terdiam para sahabat, dan menjawab lag," Para nabi ya Rasulullah."

Rasulullah berkata, "Para nabi sudah tentu hebat imannya, kerana mereka menerima wahyu daripada Allah."

Para sahabat mencuba lagi,"Kalau begitu, kami lah yang paling beriman."

Jawab Rasulullah, "Aku berada di tengah-tengah kalian, sudah tentulah kalian orang yang paling beriman."

Lalu salah seorang sahabat berkata," Kalau begitu, Allah dan Rasulnya sahajalah yang mengetahui."

Maka dengan nada perlahan, Rasulullah berkata,"Mereka adalah umat yang hidup selepas aku. Mereka membaca al-quran dan beriman dengan isinya.Orang yang beriman denganku dan pernah bertemu denganlu, adalah orang yang paling bahagia. Namun, orang yang tujuh kali bahagia adalah mereka yang tidak pernah bertemu denganku tetapi beriman denganku."

Rasulullah s.a.w diam seketika. Kemudian, beliau menyambung dengan suara yang lirih," Sesungguhnya, aku rindukan mereka...."

Allahumma solli 'ala muhammad.


No comments:

Post a Comment