Wednesday, June 5, 2013

Kisah Seorang pemuda yang ingin bermaksiat

Sebenarnya apa saja yang kita buat tu dikira ibadah jikalau meliputi 2 syarat yakni NIAT KERANA ALLAH dan MENGIKUT SYARA' . Kalau kita ragu2 samada apa yang kita buat tu ibadah ke tidak niat je KERANA Allah.

Sesunggunya Islam itu mudah. Mengapa kita perlu cari benda lain sedangkan Allah dah beri apa yang terbaik untuk kita. Ha...Ana nak share satu cerita dgn antum semua. Cerita mengenai Ibrahim bin Adham dan seorang pemuda.

Pemuda ini bertemu dengan ibrahim bin Adham ini lalu berkata "Wahai Aba Ishak, aku ini gemar melakukan maksiat. Tolong berikan aku nasihat. " Lalu Ibrahim berkata bahawa dia mesti memenuhi 5 syarat tersebut maka dia boleh melaksanakan maksiat. Syarat2 tersebut ialah :


1- Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

2- "Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

3- "Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

4- Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"


"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"


5- "Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya." Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Jadinya ibrahnya kat sini :
1- Janganlah kita melakukan maksiat sebab itu benda yang Allah xsuka. Nak ke kita buat benda yang Allah xsuka?. Semestinya kita tak nak kan.

2- Kita sebagai manusia ini kena sentiasa diingatkan padahal kita tahu dah yang Allah itu sentiasa perhatikan kita. Dalam Al quran pun Allah ada menyebut "Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman." (Az-Zariyat:55). Manusia ni memang sifatnya pelupa dan sebab itu kita digalakkan untuk saling mengingati.

3- Lastly, kita ni sentiasa kena bersyukur sebab Hidayah Allah itu sampai pada kita. Hidayah itu merupakan hadiah yang paling berharga yang Allah beri pada. Dengan adanya hidayah Allah itulah yang mendorong kita melakukan kebaikan. Tetapi janganlah kita hanya menunggu hidayah itu dtg tpi kita usaha untuk dapatkannya. Okey!...

No comments:

Post a Comment