Saturday, June 8, 2013

Demi Masa!

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

So today I would like to share about the meaning of surah al-asr. I hope this will benefit to us. Thank you for reading.!


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

وَالْعَصْرِ (1


2) إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ


3)إِلَّا الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا

    بِالصَّبْ

1.Demi masa
2.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
3.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.





DDalam surah al-asr ni Allah mengunakan huruf wau, ianya adalah huruf sumpah. Sama juga dengan ayat al-quran yang lain yang berbentuk qasam(sumpah) seperti wad dhuhaa, wal lail, was samaa', wath thariq dan ada beberapa lagi ayat yang lain.Persoalanya, Kenapa Allah bersumpah dengan dengan masa?

D Jika kita lihat makna ayat pertama dan kedua: Yang bermaksud : " Demi Masa (1). Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian (2) 

    Dalam ayat tersebut jelas Allah berfirman bahawa manusia itu benar-benar dalam kerugian, iaitu berada di dalam kebinasaan dan kecelakaan. Kemudian selepas ayat itu, datang beberapa pengecuaian, Firman Allah s,w,t


إِلَّا الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (3

Yang bermaksud : "Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya metapi kesabaran.

Jadi dalam ayat ini Allah mengatakan manusia itu berada dalam kerugian kecuali 
 1) Orang beriman
 2) Orang yang beramal soleh
 3) Berpesan2 kepada al haq (Kebenaran)
 4) Berpesan2 kepada al sabr (Kesabaran) 

Orang Beriman

Ini bermakna orang-orang kafir, orang musyrik, orang yang tidak mengimani kitabullah dan sunatullah   berada dalam kerugian.
 Firman Allah s.w.t
A136


Yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada kitab yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya, serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Barang siapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya.” (Surah an-Nisa’ : 136)


Dan terdapat banyak lagi ayat al-quran yang membincangkan keimanan, di mana setiap individu hendaklah wajib beriman kepada semua itu tanpa meningalkan satu pun. Antara  hadis yang masyur menjelaskan apakah yang wajib diimani oleh seseorang adalah di dalam hadis Jibril, yang mana malaikat Jibril a.s bertanyakan apakah itu iman, maka nabi s.a.w menjawab dengan sabdanya:




أَنْ تُؤْمِنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ


Yang bermaksud : “adalah kamu beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Para Rasul-Nya, Hari Akhirat, dan beriman dengan ketentuan-Nya baik mahupun buruk” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Dan Mereka yang beramal soleh


Mereka yang beramal soleh adalah orang yang layak mendapat ganjaran daripada Allah selagi mana mereka beriman dan tidak menyirikan Allah.






فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا (110


Yang bermaksud : “Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan dengan apa pun dalam beribadah kepada Tuhannya.” (Surah al-Kahfi : 110) 


Dalam surah ini yang dimaksudkan dengan 'mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya" adalah pahala-Nya, dan balasan baik daripdaNya. Selain itu, antara 2 syarat amal perbuatan seseorang itu diterima Allah ialah 1) ikhlas semata-mata kerana Allah (TIdak persekutukan Allah dalam ibadah) 2) Bertepatan dengan syariat. (pentunjuk) rasulullah s.a.w.


Berpesan-pesan dalam kebenaran



Berpesan dalam kebenaran bermaksud menyeru, berdakwah dan mengajak orang lain melakukan kebaikan.



A110



Yang bermaksud : “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah” (Surah Ali ‘Imran : 110)


A104


Yang bermaksud : “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.” (Surah Ali ‘Imran : 104)

Sabda nabi Muhammad s.a.w

الدِّينُ النَّصِيحَةُ


Yang bermaksud : “Agama itu adalah nasihat” (Hadis riwayat Muslim) 


Berpesan-pesan menetapi kesabaran



Saling berpesan agar berpesan dalam menjalani kehidupan sebagai seorang mukmin , setiap hari kita akan menghapi pelbagai halangan, dugaan dan cabaran. Jadi hendaklah kita menjadi orang yang sentiasa berpesan aar bersabar dalam ujian yang menimpa.



Firman Allah s.w.t


A153

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.

Di dalam sebuah hadis, nabi s.a.w menyebut bahawa sabar itu merupakan sinar cahaya.


وَالصَّبْرُ ضِيَاءٌ

Yang bermaksud:"Kesabaran itu merupakan sinar" ( Hadis riwayat Muslim)



Selain itu terdapat ayat al-quran lain juga yang memperkatakan tentang sabar.

A115

"Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan". (Hud 11:115) 


Sabda Rasulullah s.a.w.


Solat itu ibarat laksana sinar rembulan, sedekah itu bukti keimanan, dan sabar itu laksana sinar matahari. ( Riwayat Muslim)



Kenapa sabar itu diibaratkan seperti sinar? Jika kita lihat fitrah matahari, iaitu matahari itu fitrahnya panas. Walaupun panas tapi kita perlukan matahari sebagai sumber cahaya. Jika tidak dunia ni akan gelap gelita. Kita perlukan juga matahari untuk kelangsungan hidup, begitu juga dengan haiwan. Jadi sabar itu dianalogikan seperti matahari kerana walaupun matahari itu fitrahnya terik, panas tapi kita masih perlukannya kerana terdapat banyak manfaat kepada kehidupan manusia. Walaupun untuk bersabar banyak cabarannya tapi jika kita berjaya menanganinya dengan bijaksana, insyaAllah terselit pelbgai hikmah di dalamnya dan dengan sabar itu sendiri boleh memberi cahaya kepada kehidupan kita.



Sebgai mutiara kata, sabar itu nikmat, sabar itu indah. Maka didiklah diri kita untuk bersabar dan terus bersabar kerana sabar itu separuh daripada iman dan iman itu membawa kita ke syurga.


No comments:

Post a Comment