Tuesday, December 18, 2012

Tips Menghafal al-quran bagi yang bukan aliran Tahfiz


Assalamualaikum..hari ni ana mahu kongsi satu kisah yang ana baca dari blog yang ana jumpa..semoga dengan menghafal alquran kita dapat membina hubungan yang intim dengan Allah s.w.t dan mengkhilaskan diri semata-mata untuk mendapat keredhaan darinya..Insha allah..Alangkh indahnya hidup ini jika kita letakkan al-quran dalam hati kita..=)

Kisah ini berkisar pada seorang hamba Allah bernama Ahmad – seorang pelajar kejuruteraan yang telah menghafal Al-Quran dalam masa pengajiannya sebagai seorang jurutera. Beliau mengikuti dengan tekun teknik yang telah dipelajari dari seorang syeikh dari Algeria, Shaykh Zakariya al-Siddiqi yang sedang bertugas di Institute of Human Science di Perancis. Shaykh Zakaria telah menjadi hafiz pada umur 9 tahun dan mengorbankan masanya untuk mempelajari dan mengajarkan isi kandungan Al Quran. Beliau telah menceritakan kisah Ahmad ini (nama samaran).

Tip 1 – Bangun awal
Ahmad akan bangun lebih awal dari rakan-rakannya. Beliau akan beristiqamah ke masjid pada setiap waktu fajr. Apabila balik dari rumah – beliau tidak menghabiskan masa dengan TV atau internet tetapi akan menghabiskan beberapa minit setiap hari dengan menghafal ayat-ayat Al Quran.

Tip 2 – Setiap hari cuba menghafal kurang dari apa yang anda rasa anda mampu buat
Ahmad membuat satu azam untuk menghafal keseluruhan Al-Quran. Beliau tidak mengikuti jejak langkah rakan-rakannya yang cuba menghafal satu atau dua muka surat dan akhirnya berhenti kerana tidak mampu. Ahmad akan menumpukan kepada baris sehari. Ini memakan masa 20 – 30 minit sehari.

Tip 3 – Biasa-biasakan dahulu
Untuk membiasakan diri dengan 5 barisan ayat-ayat Al-Quran, beliau akan menulis lima barisan ayat tersebut di atas sekeping kertas. Kemudian beliau akan mengulangi membacanya dan cuba menghafalnya.

Tip 4 – Simpan ayat-ayat tersebut dekat dengan anda
Ahmad akan mencari masa-masa terluang – di sana siniuntuk menghafal ayat yang telah ditulis tadi …kekadang semasa menunggu bas, semasa menunggu pensyarah masuk ke kelas. Kertas yang ditulis akan sentiasa berada di koceknya dan akan dirujuk jika hafalannya tersangkut

Tip 5 – Guna apa yang dihafal dalam setiap solat
Bagi memantapkan hafalan – setiap waktu sembahyangnya – beliau akan membaca ayat yang dihafalpada hari tersebut. Dalam setiap rakaat beliau, dia akan menggilirkan pembacaan 5 barisan yang dihafal pada hari tersebut dan hari sebelumnya.

Tip 6 – Pastikan Matlamat sentiasa berada di depan anda
Bagi rusham Uthmani ada 15 barisan satu muka. Maka pada setiap hujung minggu, Ahmad bukan sahaja telah menghafal 2 muka surat Al Quran malahan berjaya menulis keseluruhan 2 muka surat.

Tip 7 – Perbaiki tajweed anda
Pada hujung minggu biasanya Ahmad akan menziarahi guru Quran yang mahir dalam pembacaan. Ahmad akan minta gurunya mendengar bacaan dua muka surat yang telah dihafalnya. Dengan ini beliau menjadi yakin dengan pembacaan dan tajweed hafalannya.
Seperkara lagi – ada satu lagi rahsia kejayaan Ahmad.

Rahsia dalaman bagi kejayaan dalam penghafalan
Seminggu sekali (biasanya pada hari Jumaat malam sabtu), Ahmad akan bangun malam untuk bertahajjud. Dalam tahajjudnya, beliau akan membaca keseluruhan dua muka surat yang telah dihafalnya.
Pada ketika ini Shaykh menyatakan berkemungkinan salah satu sebab tidak ramai yang bangun malam untukbertahajjud ialah kerana mereka tidak ada ayat baru untukdibaca.
Kita tahu terlalu sedikit ayat-ayat Al Quran sehingga tidak ada kenikmatan dalam bangun tahajjud…kekadangkala merasakan sembahyang wajib satu beban bukan satu nikmat.

Natijahnya
Bayangkan kegembiraan dan perasaan Ahmad apabila setelah 3 bulan dapat menghafal 1 juzuk Al Quran.ee
Apa yang beliau dapat bukan sahaja perasaan kejayaan dan kekuatan yang diperolehi dari Al Quran tetapi satu perasaan hubungan dalaman yang cukup hebat dengan Allah swt dan perasaan ini dirasai setiap hari yang dilaluinya.
Bayangkan betapa bangganya beliau apabila pada hari Penganugerahan Sarjana Mudanya, bukan sahaja Ahmad mendapat Pangkat Pertama dalam bidang kejuruteraan (dapat tempat ketiga dalam kelas) tetapi secara rasminya telah menghafal keseluruhan Al Quran…. Dia menjadi seorang hafiz.
Shaykh Zakariya menyatakan satu pengajaran yang cukup hebat dalam kes Ahmad:
Kejayaan terbesar bagi Ahmad bukan kerana beliau telah menghafal keseluruhan Al-Quran tetapi kerana telah terjalin satu hubungan yang amat intim dengan Al-Quran bagi setiap hari hidupnya selama 5 tahun.
Seterusnya hubungannya dengan Allah telah membuat Ahmad seorang yang sungguh istimewa. Keintiman perasaan dengan Pencipta telah menjadikan kehidupannya penuh makna dan membuat dia istiqamah dengan usahanya sedikit demi sedikit agar dapat menghafalkeseluruhan Al Quran.
One can only imagine what happened to Ahmed’s levels of personal fulfilment, Iman and taqwa, as he went back every single day to develop this ritual of ihsan (spiritual excellence). Each day he woke up for Fajr and wrote out another 5 lines of Quran, his self-esteem and self-confidence soared…
“Can the reward for excellence be anything other than excellence?” Surah Rahman (55: 60)

Wednesday, December 12, 2012

Cinta Al-quran

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum readers semua..alhamdulillah ana masih mempunyai 
banyak masa terluang untuk mencoretkan ilmu-ilmu agama..Tujuan
ana menulis ini adalah semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah dan mengenangkan hadis nabi: Apabila matinya seseorang anak adam itu maka terputuslah
amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat
dan doa anak-anak yang soleh.

Hari ini mari kita bincang mengenai al-quran kalamuAllah. Al-quran
merupakan petunjuk( nur) bagi umat Islam sejagat. Al-Quran adalah
kalam cinta Allah kepada hamba-hambaNya. Firman Allah dalam surah
al-Baqarah ayat 185:

A185

bulan ramadan yang diturunkan padanya Al-Quran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia
dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan yang hak
dan batil...


Allah menurunkan Al-Quran bukan sekadar untuk di baca tetapi dihayati dan dipraktikkan.Membaca
Al-Quran adalah ibadah sunat dan In shaa Allah kita kan diberi pahala kerana membacanya tetapi mengamalkan isi kandungannya adalah WAJIB dan sesiapa sahaja yang mengabaikannya
maka dia telah melakukan kesalahan dan berdosa besar. Bagi mereka yang
tidak memikul amanat Allah yang telah diturunkanNYa  melalui al-Quran, Allah
telah membuat satu perumpamaan yang hina ke atas mereka. Firman Allah:

A005

Maksud: Bandingkan orang-orang Yahudi yang ditanggungjawab
dan ditugaskan (melaksanakan hukum )kitab taurat kemudian mereka
tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah
seperti keldai yang memikul kitab-kitab besar. Buruk sungguh bandingan
kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah, dan ingatlah
Allah tidak memberi petunjukkepada kaum yang zalim.( Al-Jumuah:5)

Melalui ayat ini Allah  s.w.t menghina kaum yang tidak memikul tanggungjawab
melalui wahyu yang diturunkanNYA dengan perumpamaan seperti keldai.


Kedudukan Pembaca Quran


Maksudnya: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur'an, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.” (al-Hijr:9)

Rasulullah s.a.w menggesa umatnya agar sentiasa membaca al-Quran dan mendalami dari segi
bacaannya kerana itulah kita dapati para sahabat RA seperti Uthman, Zaid bin Tsabit, Ibnu Mas'ud dan lain-lain lagi sentiasa membaca al-quran dan mengkhatamnya setiap hari Jumaat.

Dalam satu hadis nabi:

Pembaca Quran
Sabda Rasulullah s.a.w: "Sesiapa yang membaca satu huruf dari Al-Quran, maka baginya diberi 10 pahala
dan ditambah lagi 10 kewajiban seumpamanya, tidak aku katakan (alif,lam .min) itu satu huruf
akan tetapi alif satu huruf,lam satu huruf dan mim satu huruf.(Riwayat Tirmizi)


Rasulullah s.a.w lebih mengutamakan para sahabat yang membaca al--Quran yang menghafal
dibandingkan dengan sahabat yang lain. Ini dibuktikan dengan tindakan Rasulullah s.a.w
apabila menghantar sesuatu utusan bagi akan memilih daripada kalangan para sahabat yang banyak
menguasai al-quran sebagai pemimpin. Begitu juga Rasulullah akan menguruskan para syahid yang terkorban ke liang lahad dengan mendahulukan para syahid yang menghafaz al-quran di kalangan sahabatnya.

Oleh itu, sebagai umat yang beriman sewajarnya al-Quran dibaca,difahami dan dijadikan panduan serta sumber rujukan yang utama dalam setiap kegiatan sama ada dari sudut aqidah,syariat dan akhlak khususnya dalam menangani pelbagai permasalahan,cabaran semasa demi mendapat kebahagian ukhrawi dan duniawi. Sama-samalah kita melazimi hidup seharian dengan membaca al-quran walaupun dengan sehelai muka surat sehari kerana Allah lebih menyukai amalan yang dilakukan sedikit tetapi berterusan in sha Allah.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: " Wahai manusia lakukan amalan mengikut keupayaan kamu. sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit. ( riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tafsir Quran

Maksudnya: Dan apabila kamu membaca al-quran, kami jadikan kamu dan orang yang tidak beriman itu satu dinding yang tertutup. (al-Israa':45)

Tuesday, December 11, 2012

Kemanisan iman

Assalamualaikum readers semua..antum semua sihat? moga kita semua diberikan tubuh badan yang sihat agar dapat digunakan ke arah mengerakkan agama Allah..in sha allah =) Hari ni ana mahu kongsi kan sedikit mengenai kemanisan iman..sama-sama kita ambil ibrah dari coretan ana ini..^_^

Sabda Rasulullah s.a.w : 3 perkara yang barang siapa terdapat ( ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperoleh kemanisan iman ( iaitu) Allah dan Rasul-NYA adalah lebih dia cintai daripada selainnya dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api neraka.( hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim).


Sahabat-sahabatku marilah kita tanamkan ketiga-tiga sifat tersebut di dalam diri kita agar kemanisan iman itu dapat kita rasai di dalam hati kita. Ya Allah betapa indahnya jikalau kita dapat rasa betapa
 manisnya iman itu. Justeru, kita harus istiqamah dalam melakukan perintah-perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya. Pertama sekali di dalam hadis tersebut nabi Muhammad S.A.W 
mengatakan seseorang itu haruslah mencintai  Allah dan Rasul-Nya lebih dari segala-galanya maknanya kita mestilah meletakkan Allah dan Rasul-Nya di dalam dada kita dan mencintaiNYA 
lebih dari diri kita sendiri. Letakkanlah segala pergantugan hanya kepada Allah semata-mata dan mengikuti setiap dakwah yang disampaikan Rasul-Nya serta bersama-sama 
menyebarkanya kepada rakan-rakan kita dan mad'u kita. Mencintai Allah dan Rasul-NYA terdapat dalam rukun iman yang sememangnya wajib kita imani dan percaya..namun sebahagian dari kita kadangkala mengucapkan kata-kata yang dia mencintai Allah dan rasul namun akhlak dan tingkah-lakunya tidak menunjukkan yang dia mencintai Allah dan para rasulNYA. 
Bagaimana untuk mencintai Allah? Kita mulakan dengan memahami Al-quran yang diturunkan malaikat Jibril. Kita baca dan fahami setiap ayat dan serapkan ayat-ayat cintaNYA ke dalam jiwa dan nurani kita dan praktikkan apa yang kita fahami di dalam kehidupan kita berdasarkan ajaran al-Quran dan as-Sunnah. Kalau setakat baca sahaja tetapi tidak memahaminya agak sukar bagi kita untuk mendapatkan ruh al-Quran. Sedangkan ruh al-Quran itu penting kerana al-Quran adalah 
petunjuk bagi kita tanpa petunjuk itu kita umpama orang buta yang berjalan tanpa tongkat di malam yang kelam. Bagaimana pula dengan mencintai Rasul-NYA? 
Jika kita ingin mencintai rasul-Nya lakukanlah segala sunnahnya dan kita boleh mulakan dengan sunnah yang simple contohnya dengan memberikan senyuman dan mendahulukan yang kanan. Seterusnya kita cuba istiqamah melakukan sunnah nabi yang lain. Walaupun kadangkala kita rasa terpaksa
tapi cuba ayati bait-bait kata ustaz Azhar Idrus ini:
"Bertudunglah walaupun dalam keadaan terpaksa
solatlah walaupun dalam keadaan terpaksa
puasalah walaupun dalam keadaan terpaksa kerana KEWAJIPAN itu memang kadangkala 
bersifat TERPAKSA, dari keterpaksaan itu, perlahan-lahan kita
akan menemukan HIKMAH dan akhirnya hati pun IKHLAS untuk beribadat kepadaNYA.
Jika harus menunggu keikhlasan hati untuk beribadah sampai bila hendak ditunggu?
HIDAYAH bukan untuk ditunggu tetapi DICARI..ia seperti makanan
jika tidak disuap ia tidak akan masuk mulut."

Seterusnya yang kedua dalam hadis tersebut kita mestilah mencintai seseorang
kerana Allah. Bagaimana mencintai kerana Allah? Ini jawapanya..apabila kita mencintai
seseorang kerana Allah, kita akan mendekatkan dirinya kepada Allah . Kita juga mahu dirinya 
mendekatkan diri kita kepada Allah. Segala salah silap ditegur bersama demi mendapat
keredhaan Allah s.w.t. Bukan membiarkan dirinya hanyut dan leka
dalam nikmat dunia. Memetik kata-kata Sheikh al Kubrawiyyah "Asas persahabatan ialah
setia bercinta di antara satu sama lain dan tulus ikhlas dalam berkasih sayang dan
selagi ia dihalakan kepada Allah dan kerana Allah maka pahalanya amat besar.
Allah telah berfirman dalam satu hadis Qudsi:

Pasti mendapat kecintaanKu bagi dua orang yang sayang-menyayangi keranaKU
dua orang yang duduk bersama-sama keranaKU
dua orang yang kunjung-mengunjugi keranaKU dan
dua orang yang tolong-menolong keranaKU.  


FirmanNYa dalam satu hadis Qudsi lain:
Mana dia orang yang bercinta kerana keagunganKu? Hari ini Aku akan
menaugi mereka di bawah nauganKu iaitu hari yang tiada naugan kecuali nauganKu


Apabila seseorang itu mencintai orang lain,bersahabat dan membiasakan diri dengannya
kerana dilihatnya orang itu mencintai Allah dan taat setia kepada perintah Allah
maka hal demikian itulah dikatakan bercinta kerana Allah.

Ataupun jika ia mencintai seseorang itu dan bersahabat dengannya kerana
orang itu membantunya di dalam selok belok agama dan mengarahkannya untuk
taat kepada perintah Allah s.w.t maka hal yang demikian itu juga
dikira bercinta kerana Allah

Ataupun jika dia mencintai seseorang itu kerana membantunya dalam urusan
keduniaan yang mana dengannya pula ia bisa menguruskan urusan akhiratnya maka
itu juga termasuk dalam bercinta kerana Allah

Allah taala telah berfirman yang bermaksud:


Sahabat-sahabat pada hari itu , satu sama lain akan bermusuhan kecuali
orang yang bertaqwa (Az-Zukhruf: 67)

nabi Muhammad S.a.w pernah bersabda:
"Demi Allah yang jiwaku berada di tanganNya, seseorang itu tidak beriman sehingga
dia mencintai saudaranya sebagaiman dia  mencintai dirinya sendiri"

Yang terakhir sekali hadis tersebut menyatakan seseorang itu akan dapat merasai kemanisan iman apabila
dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat).
Maknanya dekat sini kita perlulah menjauhi kekufuran dengan melakukan taubat nasuha
dengan bersungguh-sungguh.Seseorang Muslim itu WAJIB untuk benci kepada kekufuran dan 
mencintai iman dan tauhid.

Firman Allah s.w.t:

وَاعْلَمُوا أَنَّ فِيكُمْ رَسُولَ اللَّهِ لَوْ يُطِيعُكُمْ فِي كَثِيرٍ مِنَ الْأَمْرِ لَعَنِتُّمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ حَبَّبَ إِلَيْكُمُ الْإِيمَانَ وَزَيَّنَهُ فِي قُلُوبِكُمْ وَكَرَّهَ إِلَيْكُمُ الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ أُولَئِكَ هُمُ الرَّاشِدُونَ

Maksudnya: “dan ketahuilah bersama-sama kamu ada Rasulullah yang jika dia mengikut kebanyakan permintaan kamu tentulah kamu akan menjadi susah tetapi Allah telah mencampakkan kecintaan terhadap Iman dan menghiaskannya dalam hati-hati kamu dan mencampakkan rasa benci terhadap kekufuran, kefasiqan, dan maksiat (dalam hati-hati kamu) demikianlah mereka itu orang-orang teguh di atas kebenaran”. [al-Hujurat: 7].

Marilah sama-sama kita bermujahadah menuju kepada kemanisan Iman dalam beramal. Mudah-mudahan hati kita sentiasa tenang dan redha dalam menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini.

Monday, December 10, 2012

Kelebihan ayat kursi

                        بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum readers semua...hari ini mari kita bincangkan tentang kelebihan ayatul kursi..

Ayat kursi adalah sebesar-besar ayat dalam kitabullah. Apabila dibaca pada waktu petang insyaAllah terpelihara dari gangguan jin hingga pagi dan jika dibaca pada waktu pagi, pelihara dari mereka hingga malam. Ayat kursi diturunkan pada pada satu selepas hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan , beribu-ribu malaikat menghantarnya kerana kebesaran dan kemuliaanya. Syaitan dan iblis menjadi gempar kerana adanya satu tanda yang menjadi peringatan dalam perjuagannya. Rasulullah s.a.w segera memerintahkan penulis al-quran iaitu Zaid bin Tsabit agar segera menulis dan menyebarkannya.

Berkata seorang lelalki: Ya Rasulullah, ajarilah aku sesuatu yang dimanfatkan Allah denganYa?Raulullah bersabda: Bacalah ayat kursi, kerana sesungguhnya Allah akan memeliharamu dan memelihara keturunannmu,rumahmu dan rumamh-rumah di sekitar rumahmu.


Ana mahu menceritakan satu kisah di mana Umar radiyallaaha anhu keluar berjumpa orang ramai lalu beliau berkata: Siapakah di antara kamu yang dapat menunjukkan kepadaku ayat 
-yang paling agung di dalam al-quran.
-yang paling adil
-yang paling menakutkan dan
-yang paling diharapkan

semua yang ada terdiam.  Kemudian ibnu Mas'ud bangun dan tampil memberikan jawapan.

Aku mendengar Rasulullah s.w.a bersabda: sebesar-besar ayat di dalam al-quran ialah;

 اللَّهُ لا إِلٰهَ إِلّا هُوَ الحَىُّ القَيّومُ 

Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia, yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus(makhluknya) (al baqarah :255)

Yang paling adil di dalam al quran ialah:

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ
sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan..(al nahl: 90)
Yang paling menakutkan adalah:
Surah Al-Zalzalah, ayat 7-8



Dan yang paling memberikan harapan ialah:

A053
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah..(az zumar:53)



Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

Barangsiapa membaca ayat kursi dan penutup surah al-baqarah pada waktu kesusahan, Allah akan menolongnya.









Saturday, December 8, 2012

Cara menghadapi tipu daya syaitan


Photobucket

Apa khabar readers semua? harap semuanya sihat-sihat belaka dan sentiasa berada di bawah lindungan serta rahmatNya..amin in sha Allah .Hari ni ana mahu berkongsi kepada antum semua mengenai cara untuk menghadapi tipu daya syaitan..Semoga kita semua dapat menghadapi taktik licik syaitan nirrarojim.Jom kita ikuti catatan ana di bawah ..=)

Caranya ialah:

1. Ikhlas dalam beragama
    Seseorang itu perlulah ikhlas dalam beragama untuk menghadapi tipu daya syaitan. Kita sendiri akui bahawa iblis pernah berjanji kepada Allah s.w.t bahawa dia akan menyesat, mengkafir, memusyrik dan menjadikan umat Islam ahli neraka ketika dia diminta tunduk hormat kepada nabi Adam..Betapa angkuhnya iblis ketika itu yang mengatakan dia diciptakan daripada api manakala nabi adam pula hanya diciptakan daripada tanah.


Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.
(Al-Baqarah 2:34) 


Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.
(Al-A'raaf 7:11) 

Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."
(Al-A'raaf 7:12)


Atas sebab itu Allah keluarkan iblis dari syurga dalam keadaan terhina. Iblis kemudian meminta Allah memberikan tempoh kepada inlis sehingga hari kiamat dan bersumpah bahawa dia akan menyesatkan manusia.

Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)".
(Al-A'raaf 7:14)

iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Jika demikian,
 berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan (Hari Kiamat).”
Allah berfirman: “Dengan permohonanmu itu,
maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh.
Hingga ke hari - masa yang termaklum.”

Iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat,
(maka) demi sesungguhnya aku akan memperindahkan (segala jenis kemungkaran)
kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini
dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.
Kecuali hamba-hamba-Mu di antara mereka yang ikhlas.”
[al-Hijr 15:36-40]

 Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;
(Al-A'raaf 7:16) 

Walaupun begitu iblis dan syaitan tetap tidak akan dapat menyesatkan mukmin yang ikhlas dalam beribadat kepada Allah. Ini terbukti dalam surah al Israa' ayat 65


 Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).
(Al-Israa' 17:65)


Apa yang dimaksudkan dengan ikhlas? Ikhlas bermaksud melakukan ibadat semata-mata kerana Allah s.w.t bukannya disebabkan nawaitu tertentu selain daripada mengesakan Allah. Oleh itu, hendaklah kita sama-sama merenung kembali tujuan kita beragama. Seandainya 100% kerana Allah s.w.t peliharalah keikhlasan tersebut..jika  belum mencapai 100% maka perbetulkanlah kerana syaitan akan menyelit masuk untuk menyesatkan manusia. Marilah kita perbetulkan niat dalam beribadat kepada Allah semata-mata kerananNYa bukannya atas tujuan lain. Matlamat hidup orang mukmin ialah mencari keredhaan Allah s.w.t Justeru amat penting bagi kita untuk menyemak balik niat kita dalam setiap amalan kita agar setiap amalan baik yang kita kerjakan adalah ikhlas semata-mata kerana Allah.

Salah satu caranya ialah dengan memohon doa kepada Allah s.w.t agar mengurniakan kita hati yang ikhlas. Jika dipohon secara berterusan nescaya Allah s.w.t akan memakbulkan apa yang hambaNya minta. Kita boleh memohon dgn doa semudah ini; "Ya Allah, perbetulkanlah niatku dalam setiap amalanku agar ikhlas semata-mata kerana Mu Ya Allah" aminn 

Niat yang sentiasa bersandarkan kepada penciptaNya adalah
lahir dari hati yang bersih. Hati yang bersih adalah
tempat di mana punca segalanya bermula. OLeh itu, sentiasalah muhasabah
diri kita setiap hari. Sesungguhnya manusia ini lemah hanya Allah s.w.t
yang menentukan segalanya.


2. Takut kepada Allah

Walaupun syaitan kelihatan hebat dari segala segi tetapi mereka mempunyai satu kelemaha :mereka takut kepada Allah s.w.t. Hal ini dapat diungkapkan dalam surah al Anfal:48


وَإِذْ زَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ أَعْمَالَهُمْ وَقَالَ لاَ غَالِبَ لَكُمُ الْيَوْمَ مِنَ النَّاسِ وَإِنِّي جَارٌ لَّكُمْ فَلَمَّا تَرَاءتِ الْفِئَتَانِ نَكَصَ عَلَى عَقِبَيْهِ وَقَالَ إِنِّي بَرِيءٌ مِّنكُمْ إِنِّي أَرَى مَالاَ تَرَوْنَ إِنِّيَ أَخَافُ اللّهَ وَاللّهُ شَدِيدُ الْعِقَ



Dan ketika syaitan menjadikan mereka memandang baik pekerjaan mereka dan mengatakan: "Tidak ada seorang manusiapun yang dapat menang terhadapmu pada hari ini, dan sesungguhnya saya ini adalah pelindungmu". Maka tatkala kedua pasukan itu telah dapat saling lihat melihat (berhadapan), syaitan itu balik ke belakang seraya berkata: "Sesungguhnya saya berlepas diri daripada kamu, sesungguhnya saya dapat melihat apa yang kamu sekalian tidak dapat melihat; sesungguhnya saya takut kepada Allah". Dan Allah sangat keras siksa-Nya


Ayat di atas merujuk pada peristiwa perang Badar. Sebelum peperangan syaitan menghasut segelintir umat Islam dengan sikap riyak dan hebat. Tetapi apabila pasukan tentera Islam berhadapan dengan musuh, syaitan mengundurkan diri sambil berkata: "aku berlepas diri dari kamu,kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya. Sesungguhnya aku takut kepada Allah dan Allah sangatlah berat azab seksaNya.



Sesungguhnya yang demikian itu ialah syaitan yang menakut-nakutkan (kamu terhadap)
penolong-penolongnya (kaum kafir musyrik).
Oleh itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku,
jika betul kamu orang-orang yang beriman.
[‘Ali Imran 3:175]

Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai sebarang kekuasaan
terhadap orang-orang yang beriman
dan yang bertawakkal kepada Tuhan mereka.
Sesungguhnya kekuasaan syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang
yang menjadikan ia pemimpin mereka, dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya
melakukan syirik kepada Allah.
[al-Nahl 16:99-100


Jika kita takut kepada Allah maka syaitan juga takut untuk menganggu kita tetapi jika kita tidak takut kepada Allah s.w.t maka syaitan akan menggagu kita.

3. Jangan mengikuti syaitan

    Allah telah menegaskan kepada orang-orang beriman agar jangan menjadikan syaitan sebagai pemimpin mereka. Allah melarang orang mukmin daripada mengikuti syaitan

Allah berfirman (kepada iblis):
“Sesungguhnya hamba-hamba-Ku, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa
untuk menyesatkan mereka kecuali sesiapa yang mengikutimu
dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).”
[al-Hijr 15:42]


Dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan;
kerana sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
[al-An’aam 6:142]

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan;
dan sesiapa yang menurut jejak langkah syaitan,
maka sesungguhnya syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya)
melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar.
[al-Nur 24:21]

Apa yang dimaksudkan dengan langkah syaitan? Ini merupakan antara langkah-langkah syaitan:

     1) Jangan bersikap takbur
      Janganlah kita mengikuti jejak langkah syaitan yang takbur kerana enggan sujud hormat kepada Adam.Lawan kepada sikap takbur ialah tawaduk. Kita mestilah tawaduk dalam beribadat kepada  Allah kerana amat benci pada orang yang takbur dalam beribadat.

(Yang demikian) kerana Allah hendak menjadikan hasutan syaitan itu
sebagai satu fitnah cubaan bagi orang-orang yang ada penyakit (takbur)
dalam hati mereka dan yang hatinya keras membatu;
dan sesungguhnya mereka yang zalim itu sentiasa berada dalam pertentangan
yang jauh dari kebenaran ( al hajj 53)



    2)

Kedua: Jangan mengikuti ciri-ciri syaitan.[6]
Hendaklah sedaya mungkin kita menjauhi ciri-ciri syaitan yang telah dikemukakan dalam Bab Ketiga seperti:

1.    Jangan menguap. Jika tidak dapat menahannya, jangan mengeluarkan bunyi ketika menguap.
2.    Jangan makan dan minum dengan tangan kiri. Apa jua perkakas yang digunakan untuk makan, hendaklah menggunakan tangan kanan.
3.    Jangan membiarkan makanan tersisa, sama ada di pinggan atau yang terjatuh.
4.    Jangan membazir. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman, maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan. [al-Isra’ 17:27] Membazir ialah melakukan perkara secara sia-sia tanpa mengira sama ada sedikit atau banyak. 

Sebagai contoh, orang yang tidur sehingga lewat pagi telah membazir masanya sekali pun dia memiliki masa lapang pada keseluruhan hari tersebut. Orang yang menghisap rokok telah membazir wang dan kesihatannya sekali pun dia hanya menghisap sebatang dalam seminggu.

Orang yang melakukan pembaziran, dia adalah saudara syaitan. Ada pun alasan-alasan seperti tidur yang lebih pada hujung minggu hanyalah untuk merehatkan badan atau merokok itu menenangkan fikiran, mencegah sifat mengantuk dan meramaikan kawan, ia hanyalah alasan-alasan dari syaitan untuk memperindahkan perkara mungkar (Tipu Daya # 2).

5.    Jangan minum secara berdiri.
6.    Jangan tidur sepanjang malam sehingga matahari naik. Hendaklah bangun ketika azan untuk pergi bersolat Subuh berjamaah. Selepas itu disambung terus dengan aktiviti yang bermanfaat sehinggalah waktu siang kerana waktu pagi adalah waktu yang diberkati. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah berdoa:
اللَّهُمَّ بَارِكْ لأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا.

Ya Allah! Berkatilah umat aku pada pagi hari.[7]

Setelah itu hendaklah tidur sebentar pada waktu siang kerana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berpesan:
قِيْلُوْا، فَإِنَّ الشَّيَاطِيْنَ لاَ تَقِيْلُ.

Tidurlah pada siang hari kerana sesungguhnya syaitan-syaitan tidak tidur pada siang hari.[8]

Kemudian bangun melakukan aktiviti yang bermanfaat hingga waktu Isya’. Ditegah daripada bersembang-sembang kosong selepas waktu Isya’. Abu Barzah radhiallahu 'anh menerangkan bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam membenci tidur sebelum waktu Isya’ dan bersembang-sembang selepas waktu Isya’.[9]

Hendaklah tidur awal agar mudah membuka tiga simpulan syaitan yang menghalang kita dari bangun malam berqiamulail. Bahkan dengan terbukanya tiga simpulan tersebut, kita akan dapat memulakan hari esoknya dengan bersemangat, bermotivasi dan ceria. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda berkenaan tiga simpulan ini:


Syaitan mengikat di atas kepala seseorang kalian yang tidur dengan tiga simpulan
dan menjadikan setiap simpulan pada tempat yang sepatutnya, lalu berkata:
“Bagi kamu malam yang panjang, tidurlah!”.

Apabila orang itu bangun dan mengingati Allah, terbukalah satu simpulan.
Apabila orang itu berwudhu’, terbukalah satu lagi simpulan.
Apabila orang itu bersolat, terbukalah semua simpulan.
Maka pada pagi harinya diri orang tersebut bersemangat lagi ceria.
Sedangkan jika tidak (yakni semua simpulan masih terikat kerana tidak bangun malam)
maka pada pagi harinya diri orang tersebut malas dan murung.

4.Berjemaah


    Syaitan memiliki peranan yang utama dalam urusan berjamaah atau berpecah. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

 فَإِنَّ يَدَ اللهِ مَعَ الْجَمَاعَةِ، وَإِنَّ الشَّيْطَانَ مَعَ مَنْ فَارَقَ الْجَمَاعَةَ يَرْتَكِضُ.

Sesungguhnya tangan Allah bersama al-Jama‘ah dan sesungguhnya
syaitan berlari bersama orang yang memecah-belahkan al-Jama‘ah.


عَلَيْكُمْ بِالْجَمَاعَةِ وَإِيَّاكُمْ وَالْفُرْقَةَ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ مَعَ الْوَاحِدِ

وَهُوَ مِنْ لإِثْنَيْنِ أَبْعَدُ مَنْ أَرَادَ بُحْبُوحَةَ الْجَنَّةِ فَلْيَلْزَمْ الْجَمَاعَة




Wajib ke atas kalian berjamaah. Berhati-hatilah dari perpecahan
kerana sesungguhnya syaitan bersama orang yang bersendirian (yakni berpecah)
dan menjauhi orang yang berdua (yakni berjamaah).
Sesiapa yang mengingini tempat di tengah-tengah syurga,
maka hendaklah dia sentiasa berjamaah.



Seorang sahabat Nabi bernama Abu Tsa’labah al-Khusyani radhiallahu 'anh menceritakan bahawa pada satu masa, apabila orang ramai bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang berada dalam satu perjalanan singgah beristirehat, mereka berpecah-pecah menuju ke lembah-lembah dan lereng-lerang bukit. Melihat yang sedemikian, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

إِنَّ تَفَرُّقَكُمْ فِي هَذِهِ الشِّعَابِ وَالأَوْدِيَةِ إِنَّمَا ذَلِكُمْ مِنْ الشَّيْطَانِ.

Sesungguhnya berpecah-pecahnya kalian ke lembah-lembah dan lereng-lerang bukit
tidak lain adalah perbuatan syaitan.

Abu Tsa’labah al-Khusyani meneruskan bahawa setelah itu
tidaklah mereka singgah di satu tempat
melainkan yang satu bergabung dengan yang lain,
seolah-olah jika dibentangkan sehelai kain,
nescaya ia menutupi mereka semua.[14]

Berdasarkan hadis-hadis di atas, dapat kita ketahui bahawa syaitan benci kepada jamaah dan menyukai perpecahan. Ia akan sentiasa mencari jalan agar kita umat Islam sentiasa berpecah kepada pelbagai kumpulan dan aliran, kemudiannya saling bermusuhan serta ujub di antara satu sama lain. Bahkan syaitan juga akan mencari jalan agar ahli-ahli dalam satu kumpulan atau aliran saling berpecah, saling bermusuhan dan saling bermegah