Wednesday, December 12, 2012

Cinta Al-quran

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum readers semua..alhamdulillah ana masih mempunyai 
banyak masa terluang untuk mencoretkan ilmu-ilmu agama..Tujuan
ana menulis ini adalah semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah dan mengenangkan hadis nabi: Apabila matinya seseorang anak adam itu maka terputuslah
amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat
dan doa anak-anak yang soleh.

Hari ini mari kita bincang mengenai al-quran kalamuAllah. Al-quran
merupakan petunjuk( nur) bagi umat Islam sejagat. Al-Quran adalah
kalam cinta Allah kepada hamba-hambaNya. Firman Allah dalam surah
al-Baqarah ayat 185:

A185

bulan ramadan yang diturunkan padanya Al-Quran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia
dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan yang hak
dan batil...


Allah menurunkan Al-Quran bukan sekadar untuk di baca tetapi dihayati dan dipraktikkan.Membaca
Al-Quran adalah ibadah sunat dan In shaa Allah kita kan diberi pahala kerana membacanya tetapi mengamalkan isi kandungannya adalah WAJIB dan sesiapa sahaja yang mengabaikannya
maka dia telah melakukan kesalahan dan berdosa besar. Bagi mereka yang
tidak memikul amanat Allah yang telah diturunkanNYa  melalui al-Quran, Allah
telah membuat satu perumpamaan yang hina ke atas mereka. Firman Allah:

A005

Maksud: Bandingkan orang-orang Yahudi yang ditanggungjawab
dan ditugaskan (melaksanakan hukum )kitab taurat kemudian mereka
tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah
seperti keldai yang memikul kitab-kitab besar. Buruk sungguh bandingan
kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah, dan ingatlah
Allah tidak memberi petunjukkepada kaum yang zalim.( Al-Jumuah:5)

Melalui ayat ini Allah  s.w.t menghina kaum yang tidak memikul tanggungjawab
melalui wahyu yang diturunkanNYA dengan perumpamaan seperti keldai.


Kedudukan Pembaca Quran


Maksudnya: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur'an, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.” (al-Hijr:9)

Rasulullah s.a.w menggesa umatnya agar sentiasa membaca al-Quran dan mendalami dari segi
bacaannya kerana itulah kita dapati para sahabat RA seperti Uthman, Zaid bin Tsabit, Ibnu Mas'ud dan lain-lain lagi sentiasa membaca al-quran dan mengkhatamnya setiap hari Jumaat.

Dalam satu hadis nabi:

Pembaca Quran
Sabda Rasulullah s.a.w: "Sesiapa yang membaca satu huruf dari Al-Quran, maka baginya diberi 10 pahala
dan ditambah lagi 10 kewajiban seumpamanya, tidak aku katakan (alif,lam .min) itu satu huruf
akan tetapi alif satu huruf,lam satu huruf dan mim satu huruf.(Riwayat Tirmizi)


Rasulullah s.a.w lebih mengutamakan para sahabat yang membaca al--Quran yang menghafal
dibandingkan dengan sahabat yang lain. Ini dibuktikan dengan tindakan Rasulullah s.a.w
apabila menghantar sesuatu utusan bagi akan memilih daripada kalangan para sahabat yang banyak
menguasai al-quran sebagai pemimpin. Begitu juga Rasulullah akan menguruskan para syahid yang terkorban ke liang lahad dengan mendahulukan para syahid yang menghafaz al-quran di kalangan sahabatnya.

Oleh itu, sebagai umat yang beriman sewajarnya al-Quran dibaca,difahami dan dijadikan panduan serta sumber rujukan yang utama dalam setiap kegiatan sama ada dari sudut aqidah,syariat dan akhlak khususnya dalam menangani pelbagai permasalahan,cabaran semasa demi mendapat kebahagian ukhrawi dan duniawi. Sama-samalah kita melazimi hidup seharian dengan membaca al-quran walaupun dengan sehelai muka surat sehari kerana Allah lebih menyukai amalan yang dilakukan sedikit tetapi berterusan in sha Allah.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: " Wahai manusia lakukan amalan mengikut keupayaan kamu. sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit. ( riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tafsir Quran

Maksudnya: Dan apabila kamu membaca al-quran, kami jadikan kamu dan orang yang tidak beriman itu satu dinding yang tertutup. (al-Israa':45)

No comments:

Post a Comment