Tuesday, December 11, 2012

Kemanisan iman

Assalamualaikum readers semua..antum semua sihat? moga kita semua diberikan tubuh badan yang sihat agar dapat digunakan ke arah mengerakkan agama Allah..in sha allah =) Hari ni ana mahu kongsi kan sedikit mengenai kemanisan iman..sama-sama kita ambil ibrah dari coretan ana ini..^_^

Sabda Rasulullah s.a.w : 3 perkara yang barang siapa terdapat ( ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperoleh kemanisan iman ( iaitu) Allah dan Rasul-NYA adalah lebih dia cintai daripada selainnya dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api neraka.( hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim).


Sahabat-sahabatku marilah kita tanamkan ketiga-tiga sifat tersebut di dalam diri kita agar kemanisan iman itu dapat kita rasai di dalam hati kita. Ya Allah betapa indahnya jikalau kita dapat rasa betapa
 manisnya iman itu. Justeru, kita harus istiqamah dalam melakukan perintah-perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya. Pertama sekali di dalam hadis tersebut nabi Muhammad S.A.W 
mengatakan seseorang itu haruslah mencintai  Allah dan Rasul-Nya lebih dari segala-galanya maknanya kita mestilah meletakkan Allah dan Rasul-Nya di dalam dada kita dan mencintaiNYA 
lebih dari diri kita sendiri. Letakkanlah segala pergantugan hanya kepada Allah semata-mata dan mengikuti setiap dakwah yang disampaikan Rasul-Nya serta bersama-sama 
menyebarkanya kepada rakan-rakan kita dan mad'u kita. Mencintai Allah dan Rasul-NYA terdapat dalam rukun iman yang sememangnya wajib kita imani dan percaya..namun sebahagian dari kita kadangkala mengucapkan kata-kata yang dia mencintai Allah dan rasul namun akhlak dan tingkah-lakunya tidak menunjukkan yang dia mencintai Allah dan para rasulNYA. 
Bagaimana untuk mencintai Allah? Kita mulakan dengan memahami Al-quran yang diturunkan malaikat Jibril. Kita baca dan fahami setiap ayat dan serapkan ayat-ayat cintaNYA ke dalam jiwa dan nurani kita dan praktikkan apa yang kita fahami di dalam kehidupan kita berdasarkan ajaran al-Quran dan as-Sunnah. Kalau setakat baca sahaja tetapi tidak memahaminya agak sukar bagi kita untuk mendapatkan ruh al-Quran. Sedangkan ruh al-Quran itu penting kerana al-Quran adalah 
petunjuk bagi kita tanpa petunjuk itu kita umpama orang buta yang berjalan tanpa tongkat di malam yang kelam. Bagaimana pula dengan mencintai Rasul-NYA? 
Jika kita ingin mencintai rasul-Nya lakukanlah segala sunnahnya dan kita boleh mulakan dengan sunnah yang simple contohnya dengan memberikan senyuman dan mendahulukan yang kanan. Seterusnya kita cuba istiqamah melakukan sunnah nabi yang lain. Walaupun kadangkala kita rasa terpaksa
tapi cuba ayati bait-bait kata ustaz Azhar Idrus ini:
"Bertudunglah walaupun dalam keadaan terpaksa
solatlah walaupun dalam keadaan terpaksa
puasalah walaupun dalam keadaan terpaksa kerana KEWAJIPAN itu memang kadangkala 
bersifat TERPAKSA, dari keterpaksaan itu, perlahan-lahan kita
akan menemukan HIKMAH dan akhirnya hati pun IKHLAS untuk beribadat kepadaNYA.
Jika harus menunggu keikhlasan hati untuk beribadah sampai bila hendak ditunggu?
HIDAYAH bukan untuk ditunggu tetapi DICARI..ia seperti makanan
jika tidak disuap ia tidak akan masuk mulut."

Seterusnya yang kedua dalam hadis tersebut kita mestilah mencintai seseorang
kerana Allah. Bagaimana mencintai kerana Allah? Ini jawapanya..apabila kita mencintai
seseorang kerana Allah, kita akan mendekatkan dirinya kepada Allah . Kita juga mahu dirinya 
mendekatkan diri kita kepada Allah. Segala salah silap ditegur bersama demi mendapat
keredhaan Allah s.w.t. Bukan membiarkan dirinya hanyut dan leka
dalam nikmat dunia. Memetik kata-kata Sheikh al Kubrawiyyah "Asas persahabatan ialah
setia bercinta di antara satu sama lain dan tulus ikhlas dalam berkasih sayang dan
selagi ia dihalakan kepada Allah dan kerana Allah maka pahalanya amat besar.
Allah telah berfirman dalam satu hadis Qudsi:

Pasti mendapat kecintaanKu bagi dua orang yang sayang-menyayangi keranaKU
dua orang yang duduk bersama-sama keranaKU
dua orang yang kunjung-mengunjugi keranaKU dan
dua orang yang tolong-menolong keranaKU.  


FirmanNYa dalam satu hadis Qudsi lain:
Mana dia orang yang bercinta kerana keagunganKu? Hari ini Aku akan
menaugi mereka di bawah nauganKu iaitu hari yang tiada naugan kecuali nauganKu


Apabila seseorang itu mencintai orang lain,bersahabat dan membiasakan diri dengannya
kerana dilihatnya orang itu mencintai Allah dan taat setia kepada perintah Allah
maka hal demikian itulah dikatakan bercinta kerana Allah.

Ataupun jika ia mencintai seseorang itu dan bersahabat dengannya kerana
orang itu membantunya di dalam selok belok agama dan mengarahkannya untuk
taat kepada perintah Allah s.w.t maka hal yang demikian itu juga
dikira bercinta kerana Allah

Ataupun jika dia mencintai seseorang itu kerana membantunya dalam urusan
keduniaan yang mana dengannya pula ia bisa menguruskan urusan akhiratnya maka
itu juga termasuk dalam bercinta kerana Allah

Allah taala telah berfirman yang bermaksud:


Sahabat-sahabat pada hari itu , satu sama lain akan bermusuhan kecuali
orang yang bertaqwa (Az-Zukhruf: 67)

nabi Muhammad S.a.w pernah bersabda:
"Demi Allah yang jiwaku berada di tanganNya, seseorang itu tidak beriman sehingga
dia mencintai saudaranya sebagaiman dia  mencintai dirinya sendiri"

Yang terakhir sekali hadis tersebut menyatakan seseorang itu akan dapat merasai kemanisan iman apabila
dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat).
Maknanya dekat sini kita perlulah menjauhi kekufuran dengan melakukan taubat nasuha
dengan bersungguh-sungguh.Seseorang Muslim itu WAJIB untuk benci kepada kekufuran dan 
mencintai iman dan tauhid.

Firman Allah s.w.t:

وَاعْلَمُوا أَنَّ فِيكُمْ رَسُولَ اللَّهِ لَوْ يُطِيعُكُمْ فِي كَثِيرٍ مِنَ الْأَمْرِ لَعَنِتُّمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ حَبَّبَ إِلَيْكُمُ الْإِيمَانَ وَزَيَّنَهُ فِي قُلُوبِكُمْ وَكَرَّهَ إِلَيْكُمُ الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ أُولَئِكَ هُمُ الرَّاشِدُونَ

Maksudnya: “dan ketahuilah bersama-sama kamu ada Rasulullah yang jika dia mengikut kebanyakan permintaan kamu tentulah kamu akan menjadi susah tetapi Allah telah mencampakkan kecintaan terhadap Iman dan menghiaskannya dalam hati-hati kamu dan mencampakkan rasa benci terhadap kekufuran, kefasiqan, dan maksiat (dalam hati-hati kamu) demikianlah mereka itu orang-orang teguh di atas kebenaran”. [al-Hujurat: 7].

Marilah sama-sama kita bermujahadah menuju kepada kemanisan Iman dalam beramal. Mudah-mudahan hati kita sentiasa tenang dan redha dalam menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini.

No comments:

Post a Comment