Saturday, December 8, 2012

Cara menghadapi tipu daya syaitan


Photobucket

Apa khabar readers semua? harap semuanya sihat-sihat belaka dan sentiasa berada di bawah lindungan serta rahmatNya..amin in sha Allah .Hari ni ana mahu berkongsi kepada antum semua mengenai cara untuk menghadapi tipu daya syaitan..Semoga kita semua dapat menghadapi taktik licik syaitan nirrarojim.Jom kita ikuti catatan ana di bawah ..=)

Caranya ialah:

1. Ikhlas dalam beragama
    Seseorang itu perlulah ikhlas dalam beragama untuk menghadapi tipu daya syaitan. Kita sendiri akui bahawa iblis pernah berjanji kepada Allah s.w.t bahawa dia akan menyesat, mengkafir, memusyrik dan menjadikan umat Islam ahli neraka ketika dia diminta tunduk hormat kepada nabi Adam..Betapa angkuhnya iblis ketika itu yang mengatakan dia diciptakan daripada api manakala nabi adam pula hanya diciptakan daripada tanah.


Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.
(Al-Baqarah 2:34) 


Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.
(Al-A'raaf 7:11) 

Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."
(Al-A'raaf 7:12)


Atas sebab itu Allah keluarkan iblis dari syurga dalam keadaan terhina. Iblis kemudian meminta Allah memberikan tempoh kepada inlis sehingga hari kiamat dan bersumpah bahawa dia akan menyesatkan manusia.

Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)".
(Al-A'raaf 7:14)

iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Jika demikian,
 berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan (Hari Kiamat).”
Allah berfirman: “Dengan permohonanmu itu,
maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh.
Hingga ke hari - masa yang termaklum.”

Iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat,
(maka) demi sesungguhnya aku akan memperindahkan (segala jenis kemungkaran)
kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini
dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.
Kecuali hamba-hamba-Mu di antara mereka yang ikhlas.”
[al-Hijr 15:36-40]

 Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;
(Al-A'raaf 7:16) 

Walaupun begitu iblis dan syaitan tetap tidak akan dapat menyesatkan mukmin yang ikhlas dalam beribadat kepada Allah. Ini terbukti dalam surah al Israa' ayat 65


 Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).
(Al-Israa' 17:65)


Apa yang dimaksudkan dengan ikhlas? Ikhlas bermaksud melakukan ibadat semata-mata kerana Allah s.w.t bukannya disebabkan nawaitu tertentu selain daripada mengesakan Allah. Oleh itu, hendaklah kita sama-sama merenung kembali tujuan kita beragama. Seandainya 100% kerana Allah s.w.t peliharalah keikhlasan tersebut..jika  belum mencapai 100% maka perbetulkanlah kerana syaitan akan menyelit masuk untuk menyesatkan manusia. Marilah kita perbetulkan niat dalam beribadat kepada Allah semata-mata kerananNYa bukannya atas tujuan lain. Matlamat hidup orang mukmin ialah mencari keredhaan Allah s.w.t Justeru amat penting bagi kita untuk menyemak balik niat kita dalam setiap amalan kita agar setiap amalan baik yang kita kerjakan adalah ikhlas semata-mata kerana Allah.

Salah satu caranya ialah dengan memohon doa kepada Allah s.w.t agar mengurniakan kita hati yang ikhlas. Jika dipohon secara berterusan nescaya Allah s.w.t akan memakbulkan apa yang hambaNya minta. Kita boleh memohon dgn doa semudah ini; "Ya Allah, perbetulkanlah niatku dalam setiap amalanku agar ikhlas semata-mata kerana Mu Ya Allah" aminn 

Niat yang sentiasa bersandarkan kepada penciptaNya adalah
lahir dari hati yang bersih. Hati yang bersih adalah
tempat di mana punca segalanya bermula. OLeh itu, sentiasalah muhasabah
diri kita setiap hari. Sesungguhnya manusia ini lemah hanya Allah s.w.t
yang menentukan segalanya.


2. Takut kepada Allah

Walaupun syaitan kelihatan hebat dari segala segi tetapi mereka mempunyai satu kelemaha :mereka takut kepada Allah s.w.t. Hal ini dapat diungkapkan dalam surah al Anfal:48


وَإِذْ زَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ أَعْمَالَهُمْ وَقَالَ لاَ غَالِبَ لَكُمُ الْيَوْمَ مِنَ النَّاسِ وَإِنِّي جَارٌ لَّكُمْ فَلَمَّا تَرَاءتِ الْفِئَتَانِ نَكَصَ عَلَى عَقِبَيْهِ وَقَالَ إِنِّي بَرِيءٌ مِّنكُمْ إِنِّي أَرَى مَالاَ تَرَوْنَ إِنِّيَ أَخَافُ اللّهَ وَاللّهُ شَدِيدُ الْعِقَ



Dan ketika syaitan menjadikan mereka memandang baik pekerjaan mereka dan mengatakan: "Tidak ada seorang manusiapun yang dapat menang terhadapmu pada hari ini, dan sesungguhnya saya ini adalah pelindungmu". Maka tatkala kedua pasukan itu telah dapat saling lihat melihat (berhadapan), syaitan itu balik ke belakang seraya berkata: "Sesungguhnya saya berlepas diri daripada kamu, sesungguhnya saya dapat melihat apa yang kamu sekalian tidak dapat melihat; sesungguhnya saya takut kepada Allah". Dan Allah sangat keras siksa-Nya


Ayat di atas merujuk pada peristiwa perang Badar. Sebelum peperangan syaitan menghasut segelintir umat Islam dengan sikap riyak dan hebat. Tetapi apabila pasukan tentera Islam berhadapan dengan musuh, syaitan mengundurkan diri sambil berkata: "aku berlepas diri dari kamu,kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya. Sesungguhnya aku takut kepada Allah dan Allah sangatlah berat azab seksaNya.



Sesungguhnya yang demikian itu ialah syaitan yang menakut-nakutkan (kamu terhadap)
penolong-penolongnya (kaum kafir musyrik).
Oleh itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku,
jika betul kamu orang-orang yang beriman.
[‘Ali Imran 3:175]

Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai sebarang kekuasaan
terhadap orang-orang yang beriman
dan yang bertawakkal kepada Tuhan mereka.
Sesungguhnya kekuasaan syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang
yang menjadikan ia pemimpin mereka, dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya
melakukan syirik kepada Allah.
[al-Nahl 16:99-100


Jika kita takut kepada Allah maka syaitan juga takut untuk menganggu kita tetapi jika kita tidak takut kepada Allah s.w.t maka syaitan akan menggagu kita.

3. Jangan mengikuti syaitan

    Allah telah menegaskan kepada orang-orang beriman agar jangan menjadikan syaitan sebagai pemimpin mereka. Allah melarang orang mukmin daripada mengikuti syaitan

Allah berfirman (kepada iblis):
“Sesungguhnya hamba-hamba-Ku, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa
untuk menyesatkan mereka kecuali sesiapa yang mengikutimu
dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).”
[al-Hijr 15:42]


Dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan;
kerana sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
[al-An’aam 6:142]

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan;
dan sesiapa yang menurut jejak langkah syaitan,
maka sesungguhnya syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya)
melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar.
[al-Nur 24:21]

Apa yang dimaksudkan dengan langkah syaitan? Ini merupakan antara langkah-langkah syaitan:

     1) Jangan bersikap takbur
      Janganlah kita mengikuti jejak langkah syaitan yang takbur kerana enggan sujud hormat kepada Adam.Lawan kepada sikap takbur ialah tawaduk. Kita mestilah tawaduk dalam beribadat kepada  Allah kerana amat benci pada orang yang takbur dalam beribadat.

(Yang demikian) kerana Allah hendak menjadikan hasutan syaitan itu
sebagai satu fitnah cubaan bagi orang-orang yang ada penyakit (takbur)
dalam hati mereka dan yang hatinya keras membatu;
dan sesungguhnya mereka yang zalim itu sentiasa berada dalam pertentangan
yang jauh dari kebenaran ( al hajj 53)



    2)

Kedua: Jangan mengikuti ciri-ciri syaitan.[6]
Hendaklah sedaya mungkin kita menjauhi ciri-ciri syaitan yang telah dikemukakan dalam Bab Ketiga seperti:

1.    Jangan menguap. Jika tidak dapat menahannya, jangan mengeluarkan bunyi ketika menguap.
2.    Jangan makan dan minum dengan tangan kiri. Apa jua perkakas yang digunakan untuk makan, hendaklah menggunakan tangan kanan.
3.    Jangan membiarkan makanan tersisa, sama ada di pinggan atau yang terjatuh.
4.    Jangan membazir. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman, maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan. [al-Isra’ 17:27] Membazir ialah melakukan perkara secara sia-sia tanpa mengira sama ada sedikit atau banyak. 

Sebagai contoh, orang yang tidur sehingga lewat pagi telah membazir masanya sekali pun dia memiliki masa lapang pada keseluruhan hari tersebut. Orang yang menghisap rokok telah membazir wang dan kesihatannya sekali pun dia hanya menghisap sebatang dalam seminggu.

Orang yang melakukan pembaziran, dia adalah saudara syaitan. Ada pun alasan-alasan seperti tidur yang lebih pada hujung minggu hanyalah untuk merehatkan badan atau merokok itu menenangkan fikiran, mencegah sifat mengantuk dan meramaikan kawan, ia hanyalah alasan-alasan dari syaitan untuk memperindahkan perkara mungkar (Tipu Daya # 2).

5.    Jangan minum secara berdiri.
6.    Jangan tidur sepanjang malam sehingga matahari naik. Hendaklah bangun ketika azan untuk pergi bersolat Subuh berjamaah. Selepas itu disambung terus dengan aktiviti yang bermanfaat sehinggalah waktu siang kerana waktu pagi adalah waktu yang diberkati. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah berdoa:
اللَّهُمَّ بَارِكْ لأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا.

Ya Allah! Berkatilah umat aku pada pagi hari.[7]

Setelah itu hendaklah tidur sebentar pada waktu siang kerana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berpesan:
قِيْلُوْا، فَإِنَّ الشَّيَاطِيْنَ لاَ تَقِيْلُ.

Tidurlah pada siang hari kerana sesungguhnya syaitan-syaitan tidak tidur pada siang hari.[8]

Kemudian bangun melakukan aktiviti yang bermanfaat hingga waktu Isya’. Ditegah daripada bersembang-sembang kosong selepas waktu Isya’. Abu Barzah radhiallahu 'anh menerangkan bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam membenci tidur sebelum waktu Isya’ dan bersembang-sembang selepas waktu Isya’.[9]

Hendaklah tidur awal agar mudah membuka tiga simpulan syaitan yang menghalang kita dari bangun malam berqiamulail. Bahkan dengan terbukanya tiga simpulan tersebut, kita akan dapat memulakan hari esoknya dengan bersemangat, bermotivasi dan ceria. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda berkenaan tiga simpulan ini:


Syaitan mengikat di atas kepala seseorang kalian yang tidur dengan tiga simpulan
dan menjadikan setiap simpulan pada tempat yang sepatutnya, lalu berkata:
“Bagi kamu malam yang panjang, tidurlah!”.

Apabila orang itu bangun dan mengingati Allah, terbukalah satu simpulan.
Apabila orang itu berwudhu’, terbukalah satu lagi simpulan.
Apabila orang itu bersolat, terbukalah semua simpulan.
Maka pada pagi harinya diri orang tersebut bersemangat lagi ceria.
Sedangkan jika tidak (yakni semua simpulan masih terikat kerana tidak bangun malam)
maka pada pagi harinya diri orang tersebut malas dan murung.

4.Berjemaah


    Syaitan memiliki peranan yang utama dalam urusan berjamaah atau berpecah. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

 فَإِنَّ يَدَ اللهِ مَعَ الْجَمَاعَةِ، وَإِنَّ الشَّيْطَانَ مَعَ مَنْ فَارَقَ الْجَمَاعَةَ يَرْتَكِضُ.

Sesungguhnya tangan Allah bersama al-Jama‘ah dan sesungguhnya
syaitan berlari bersama orang yang memecah-belahkan al-Jama‘ah.


عَلَيْكُمْ بِالْجَمَاعَةِ وَإِيَّاكُمْ وَالْفُرْقَةَ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ مَعَ الْوَاحِدِ

وَهُوَ مِنْ لإِثْنَيْنِ أَبْعَدُ مَنْ أَرَادَ بُحْبُوحَةَ الْجَنَّةِ فَلْيَلْزَمْ الْجَمَاعَة




Wajib ke atas kalian berjamaah. Berhati-hatilah dari perpecahan
kerana sesungguhnya syaitan bersama orang yang bersendirian (yakni berpecah)
dan menjauhi orang yang berdua (yakni berjamaah).
Sesiapa yang mengingini tempat di tengah-tengah syurga,
maka hendaklah dia sentiasa berjamaah.



Seorang sahabat Nabi bernama Abu Tsa’labah al-Khusyani radhiallahu 'anh menceritakan bahawa pada satu masa, apabila orang ramai bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang berada dalam satu perjalanan singgah beristirehat, mereka berpecah-pecah menuju ke lembah-lembah dan lereng-lerang bukit. Melihat yang sedemikian, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

إِنَّ تَفَرُّقَكُمْ فِي هَذِهِ الشِّعَابِ وَالأَوْدِيَةِ إِنَّمَا ذَلِكُمْ مِنْ الشَّيْطَانِ.

Sesungguhnya berpecah-pecahnya kalian ke lembah-lembah dan lereng-lerang bukit
tidak lain adalah perbuatan syaitan.

Abu Tsa’labah al-Khusyani meneruskan bahawa setelah itu
tidaklah mereka singgah di satu tempat
melainkan yang satu bergabung dengan yang lain,
seolah-olah jika dibentangkan sehelai kain,
nescaya ia menutupi mereka semua.[14]

Berdasarkan hadis-hadis di atas, dapat kita ketahui bahawa syaitan benci kepada jamaah dan menyukai perpecahan. Ia akan sentiasa mencari jalan agar kita umat Islam sentiasa berpecah kepada pelbagai kumpulan dan aliran, kemudiannya saling bermusuhan serta ujub di antara satu sama lain. Bahkan syaitan juga akan mencari jalan agar ahli-ahli dalam satu kumpulan atau aliran saling berpecah, saling bermusuhan dan saling bermegah









No comments:

Post a Comment