Monday, June 17, 2013

3 Jenis Cinta Kepada Nabi

3 Jenis Cinta Manusia Kepada

1) Cinta Abu Lahab kepada Nabi

Abu Lahab mencintai nabi Muhammad sejak bayi lagi. Malah dialah diantara orang yang sangat gembira dengan kelahiran Nabi. Selepas Nabi lahir, Abu Lahab menyuruh Suwaibah (hamba kepada Abu Lahab) supaya menyusukan Nabi. Sejak dari Nabi kecil sampai dewasa Abu Lahab tidak pernah mempunyai masalah dengan disebabkan dia sangat sayang akan nabi. Tetapi apabila Nabi Muhammad s.a.w ingin mengajak dia agar mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya, dialah orang yang paling lancang mecelakakan Baginda. Malah dia melakukan pelbagai usaha untuk mengagalkan dakwah nabi. Jadi Allah tidak redha akan dia.

* Jadi manusia seperti Abu Lahab ini dia mengaku cintakan nabi, tetapi dalam masa yang sama, dialah yang membangkang dan menentang usaha-usaha untuk bawa ajaran Islam kepada umat yang lain. Mereka ini persis seperti Abu Lahab.


2) Cinta Abu Talib kepada Nabi

Abu Talib juga sangat cinta akan Nabi Muhammad s.a.w. Malah dialah yang telah bela dan lindungi nabi sejak kecil sampai Abu Talib meningal dunia pada usia sekitar 80 tahun. Tetapi apabila Nabi mengajak Abu Talib agar mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya, Abu Talib berikan banyak alasan. Dia tidak terima dakwah Nabi, tidak ikut ajaran Nabi dan dalam masa yang sama tidak pula dia menentang dan bangkang ajaran Nabi. Allah tetap tidak redha dia.

*Jadi manusia seperti ini ialah mereka yang mengaku cinta akan nabi iaitu jika Nabi dihina dan diperlekeh, merekalah yang akan bangkit membela nabi. Tapi malangnya ajaran-ajaran Nabi tidak pula dihayati dan diambil sepenuhnya. Mereka hanya sekandar cinta sahaja. Mereka ini persis seperti Abu Talib.


3) Cinta Abu Bakar RadiAllahu anhu kepada Nabi

Abu Bakar RadiAllahu anhu sama juga seperti Abu Talib dan Abu Lahab yang amat mencintai Nabi Muhammad s.a.w.Tetapi apa yang membezakan Abu Bakar RadhiAllahu 'anhu  ialah beliau bukan setakat cinta, bahkan bela,lindung dan berkorban untuk Nabi. Dan apa yang lebih istimewa ialah beliau juga ikut seruan nabi 100%. Bahkan setelah Baginda wafat, beliau terus menyambung perjuagan dakwah Nabi untuk mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya. Beliau juga merupakan antara sahabat nabi yang dijamin masuk syurga.

*Jadi orang yang seperti Abu Bakar ini ialah orang yang mencintai nabi sepenuh hati dan sentiasa berusaha untuk menghayati ajaran yang dibawa oleh nabi. Contohnya para tabi'in,orang-orang soleh dan para sahabat nabi yang lain sentiasa bekobar meneruskan dakwah nabi. Orang seperti Abu Bakar juga tetap di atas jalan Nabi walaupun persekitaran memilih sebaliknya.

Konklusinya tepuk dada tanya hati kecil kita, cinta kita kepada nabi Muhammad s.a.w cinta yang macam mana?









Wednesday, June 12, 2013

Honesty

Assalamualaikum...today I would like to say about honesty.

Honesty is the best policy. Says who? Well i used to hear this phrase but I never intend to google out who said that. Partially true.

Not. No doubt about that. Honestly. I don't think people nowadays do understand the word honestly anymore. Literally they do, but when it comes to practical understanding, I don't think so. It's the best policy but not the best to practiced.

Being honest is good. I mean that is how it supposed to work.But sometimes it could turn our life misery. Just because you want to practice this policy, you lose some joy of your life. Slowly ruptured, internally if it's not physically.

When our lives full of good things, kindness and delightful moments, than that the best time to talk about being honest. But not all of us have the same script in their lives. Sometimes people lie, or just ignore about being honest because they have their dark side. or they refused to reveal their dark story, their gloomy past days. We tend to do so.

I mean, some might think it's not worth to share bad things about ourselves, telling your weakness make you susceptible to attack, specifically by those who have been eyeing on you just to attack you since forever when the right time come. Hence people choose to lie.

Why?

Because people do judge, and those who are being judge, they struggle more than they could against their unfair judgment. Too bad to live on this world , what make me come across this matter and choose to think so? Is that a clue, telling all of us that I am one of the misjudging victims? It depends  on how you seize the points but I think , everyone has their ups and downs and I dare to say we all used to be victimized due to something that we don't have any idea what it's all about. Once or more than that, that's another storyline.

Meeting up good people made me wonder

Everything is good about them. Who are they? Angles?

Of course not.

Then how come this feeling happened? Do you get me? I mean have you ever met a person and you feel they are superior on you. And you feel you are stuck in a tunnel, nowhere to go, and every corners of your place are engulfing you, bit by bit. That's the time we try our best to lie.

Tuesday, June 11, 2013

Kita umat Terbaik !

Assalamualaikum n salam sejahtera...


Apa yang dikatakan dengan umat terbaik? Kalau kita hayati surah ali-Imran ayat 110

A110

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).


Kita digelar khairan ummatin (Umat terbaik) kerana pertama: Kita diperintah membuat makruf ,yang kedua :watanhau na anil mungkar iaitu mencegah perkara mungkin dan yang terakhir sekali watukminu nabil lla beriman kepada Allah. Melalui ayat ini kita tahu bahawa kita digelar umat terbaik kerana kita disuruh menjalankan kerja-kerja dakwah berbeza dengan umat-umat terdahulu di mana tugas dakwah hanya diperintahkan kepada para nabi  dan rasul sahaja. Umat terdahulu hanya diperintahkan beribadah kepada Allah sahaja. Kita disuruh menyampaikan kebenaran tentang dunia,akhirat, Islam, Iman dan sebagainya disamping mencegah kemungkaran daripada berleluasa di muka bumi. Oleh itu, umat akhir zaman dimuliakan dengan tugas dakwah yang diberikan.

Kenapa kita diberi tugas dakwah sedangkan umat terdahulu tidak? Kita diberi tugas dakwah kerana setelah nabi Muhammad s.a.w wafat tiada nabi lain lagi yang akan turun. Nabi Isa a.s turun pun nanti sebagai umat nabi Muhammad s.a.w.Oleh itu kita ni yang akan menyambung legasi kerja-kerja dakwah nabi.

Kita juga pasti tertanya-tanya lagi kenapa kita digelar umat terbaik sedangkan umat terdahulu kita sedia maklum ada diantara mereka yang sangat kuat beribadah dan kerja mereka 24 jam diperuntukkan beribadah kepada Allah berbeza dengan umat di zaman ini. Ya kalau kita nak bandingkan umat terdahulu mereka menang dari segi ibadah,saiz, dan umur yang panjang. Kita rata-rata umat akhir zaman jangka hayat antara 60-70 tahun. Sebenarnya umat nabi Muhammad s.a.w banyak kelebihannya berbading dengan umat nabi Adam a.s iaitu

1)Umat nabi Adam a.s. diberikan taubat di mekah sedangkan umat nabi  Muhammad s.a.w tidak kira dimana-     mana sahaja taubat mereka diterima.

2) Nabi Adam a.s pernah berkata ketika aku melakukan dosa, maka Allah menelanjangkan aku, sedangkan aku dalam keadaan berpakaian. Namun umat nabi Muhammad s.a.w walaupun melakukan dosa dalam keadaan bertelanjang sekalipun Allah masih beri mereka pakaian. Makna Allah masih beri mereka pakaian ialah Allah menutupi aib mereka.

3) Nabi-nabi terdahulu telah mengunakan doa mustajab mereka untuk membinasakan umat mereka terdahulu yang ingkar perintah Allah sedangkan  nabi Muhammad s.a.w telah meminta doa mustajabnya untuk disimpan di akhirat sebagai syafaat.

Betapa beruntungnya kita dilahirkan sebagai umat terbaik.

Ana ingin menceritakan satu kisah tentang nabi dan para sahabat.

Pada suatu ketika Rasulullah bertanya kepada para sahabat, "Siapakah yang paling luar biasa imannya"?

Para sahabat menjawab,"Malaikat, ya Rasulullah."

Balas Rasulullah, "Sudah tentulah malaikat luar biasa imannya, kerana mereka sentiasa di sisi Allah."

Seketika terdiam para sahabat, dan menjawab lag," Para nabi ya Rasulullah."

Rasulullah berkata, "Para nabi sudah tentu hebat imannya, kerana mereka menerima wahyu daripada Allah."

Para sahabat mencuba lagi,"Kalau begitu, kami lah yang paling beriman."

Jawab Rasulullah, "Aku berada di tengah-tengah kalian, sudah tentulah kalian orang yang paling beriman."

Lalu salah seorang sahabat berkata," Kalau begitu, Allah dan Rasulnya sahajalah yang mengetahui."

Maka dengan nada perlahan, Rasulullah berkata,"Mereka adalah umat yang hidup selepas aku. Mereka membaca al-quran dan beriman dengan isinya.Orang yang beriman denganku dan pernah bertemu denganlu, adalah orang yang paling bahagia. Namun, orang yang tujuh kali bahagia adalah mereka yang tidak pernah bertemu denganku tetapi beriman denganku."

Rasulullah s.a.w diam seketika. Kemudian, beliau menyambung dengan suara yang lirih," Sesungguhnya, aku rindukan mereka...."

Allahumma solli 'ala muhammad.


Saturday, June 8, 2013

Manisnya Iman....

Assalamualaikum guys so today i would like to share about iman. How's your iman today?


Iman

Bila kita memperkatakan tentang iman automatik kita tahu iman itu yazid wa yaqus. Ada satu masa iman kita naik dan ada satu masa lagi iman kita turun.Ada satu hadis menyebut "Iman itu boleh bertambah dan berkurang, maka perbaharuilah imanmu dengan Laa Ilaa Illallah" (HR Ibnu Hibban). Jadi iman kalau tidak dijaga akan sentiasa menurun . Jika dahulu imanya begitu membara tetapi disebabkan kehidupan dunia yang tidak berkesudahan, tanpa disedari imannya mudah tersungkur  ibarat kapal Titanic yang sedang perlahan-lahan karam di tengah lautan Pasifik. Lumrah manusia, kalau seseorang itu jauh dari lingkungan ataupun suasana yang Islamik atau biah solehah maka ianya boleh membawa kepada penurunan kadar keimanan.

Keimanan yang kita selalu ucapkan bukan hanya dengan angan-angan dan bukan pula dengan hanya kata-kata. Keimanan itu sendiri sebenarnya ialah kenyakinan yang menjunam di dalam hati dan dibuktikan dengan perbuatan.

Iman mampu menjadi pendorong mahupun pengerak kepada kita untuk melakukan sesuatu perbuatan. Baik buruknya perbuatan seseorang bergantung kepada tahap keimanan seseorang.

Keimanan yang berteraskan kalimah Laa ilaaha illallah, jika tertanam baik dalam hati kita, akan memotivasikan manusia untuk melaksanakan tuntutan Allah. Kalimah Laa ilaaha Illallah, beerti menjadikan Allah sebagai satu-satunya tempat pengabdian. Pengabdian itu sendiri sangat erat hubungannya dengan pembuktiaan melalui amal-amal soleh. Contohnya dengan mematuhi perintah menjauhi laranganNya maka akan menjadikan iman kita terjaga. Dengan bersegera melakukan amal secara berterusan, akan menjadikan kita semakin dekat denganNya.

Ana ingin menceritakan satu kisah mengenai Zainab radiallahu anha.
Pada suatu hari Rasulullah pernah terkejut apabila mendapati seutas tali yang terikat di dua buah tiang masjid. "Tali apa ini?" Tanya Rasulullah kepada para sahabat. Para sahabat menjelaskanya:" Wahai Rasul, ini adalah tali milik Zainab. Dia mengikat tali ini agar dapat bergantung apabila terasa malas dalam dirinya...Nabi tersentak mendengan penerangan para sahabat , kemudian nabi perintahkan tali itu dileraikan seraya berkata " Lakukanlah solat selama kamu masih kuat melaksanakannya. Akan tetapi apabila kamu letih hendaklah tidur..."

 Ada satu lagi kisah di mana Amirul Mukminin iaitu saidina Umar bin Abdul Aziz, apabila beliau selesai solat fajar dia akan mengelilingi halaman rumahnya. Raut wajahnya penuh dengan kesedihan, kekhuatiran dan harapan. Dia akan berbisik "...bagaimana mata ini dapat terkatup dan pejam..sedangkan aku tidak tahu, di mana aku akan kembali di antara 2 tempat..." begitula seterusnya.


Itulah sikap para sahabat dan orang-orang soleh, mereka selalu ingin taqarub ilallah hinga mereka terkadang memaksa diri untuk melakukannya. Disebabkan kita hanya manusia biasa dan iman naik turun atas sebab itu kita harus llah mencontohi rasulullah yang sering berdoa: " Wahai Allah yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas jalan agama-mu. Baginda juga memohon Allah memelihara hala tuju perasaannya supaya tidak menyimpang dari hala tuju yang ditentukan Allah menuju kepada yang tertinggi.

Doa baginda: "Wahai Allah yang menguruskan hati, uruskanlah hati kami di atas ketaatan kepadaMU". Rasulullah juga berdoa pada siang dan malam di dalam zikirnya: "Wahai Allah, aku berlindung kepadaMu daripada kekufuran dan kefakiran".


Cuba kita kisah Umar al-Khattab yang digelar al-faruq kerana memisahkan antara haq dan batil. Sehinggakan syaitan sendiri takut kepadanya. Nabi Muhammad s.a.w bersabda "Sesungguhnya syaitan akan berhindar apabila berjumpa dengan Umar. Ada satu lagi hadis " Demi zat yang berada di dalam kekuasaanNya, tidak ada syaitan yang akan melalui jalan yang dilalui oleh Umar, melainkan mereka berusaha melalui jalan yang tidak dilalui olehnya" (Riwayat Muslim).

Saidina Umar sendiri ada garisan hitam di wajahnya lantaran banyak menangis kerena takutkan Allah.

Iman tidak boleh diwarisi. Iman perlu dicari. Iman harus dilalui. Iman mesti bersaksi. Iman adalah perjalan untuk mengenal Tuhan.


Marilah kita mohon kepada Allah agar kita selalu diberiNya kekuatan untuk dapat menjaga dan mengingatkan keimanan kita kepadaNya. Segenap ruang dalam hidup kita Allah anugerahkan untuk meneguhkan iman, supaya nanti kita pulang ke sisiNya dalam keadaan redha meredhai.
Wallahu'alam

Wirid untuK Pelajar

Doa dan wirid untuk pelajar
1. SURAH AL FATIHAH – Doa pembuka kepada segala urusan
2.  SURAH AL 'ALAK (Ayat 1 – 5) - Anak kunci segala ilmu
3. SURAH ASY-INSYIRAH – Untuk melapangkan and melegakan hati
4. SELAWAT NABI S.A.W – Doa terang hati
      Dibaca 11 kali dikala hendak ke sekolah.

5. SELAWAT NABI S.A.W. – Doa terang hati
"Ya Allah restulah dan sejahterakanlah junjugan kami Muhammad hambamu dan pesuruhmu yang ummi dan di atas keluarga dan sahabat baginda semuanya."
  1. SELAWAT NABI S.A.W – Pembuka pintu hati
"Kesejahteraan kemuliaan seluruh bulan sekelilinginya beribu-ribu di atas junjugan pesuruh yang amat tinggi.
Ya Allah Ya Allah. Wahai Pembuka segala ilmu. Wahai Yang Maha Mengetahui segala ilmu. Ya Allah engkau bukakanlah pintu hati kami dengan pembukaan yang sepenuhnya."

7. WIRID SUPAYA ALLAH REDHA DENGAN USAHA KITA
Mudah-mudahan tidak menjadi seorang muslim professional yang munafiq, tidak terikut-ikut sikap orang Nasrani dan Yahudi (Nasihat dari Prof. Ustaz Hashim Yahya, Mufti Selangor)
Radiitu billahi rabba, wabii islaami diina, wabi muhammadin sallallaahu 'alaihi wasallaam nabiyan wa rasulla.
Telah bersabda Rasul: Barangsiapa yang berkata ketika petang (zikir yang tersebut) Allah tetap akan meredhakannya (Riwayat Tarmizi)

8. DO'A MUDAH FAHAM DAN MUDAH HAFAL

Allahummarzuqna ya Rabbi fahman-nabiyin, wa-hifzal-mursalin, wa-ilhamal-mala-ikatil-muqarrabin fi-afiatin ya arhamar-rahimin.
"Ya Allah! Kurniakanlah kami fahaman para nabidan hafalan para rasul serta mendapat ilham para 
malaikat yang hampir denganMu juga kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Amat Mengasihani."

9. DOA SUPAYA MENJADI PAKAR TENTANG SESUATU PERKARA
"Ya Allah, terangkanlah hatiku seperti terangnya hati-hati orang yang arif. Fahamkan aku perkara agama ku."

10. DO'A MENDAPAT ILHAM ATAU IDEA YANG BAIK
Allahumma alhimni rusydii wa a'idznii min syarri nafsi.
"Ya Allah, berilah aku ilham petunjuk (kecerdasan) dan lindungilah aku dari kejahatan nafsuku."

11. DO'A KETIKA HENDAK BERSYARAH ATAU BERBAHAS
Rabbisy rahli sadri wa yassirli amri wahlul 'uqdatan min lisani yafqahu qauli
"Ya Allah! Lapangkanlah dadaku, mudahkanlah pekerjaanku (urusanku) dan lancarkanlah lidahku agar mereka faham pembicaraanku."

12. DO'A MOHON DITAMBAH ILMU DAN KEFAHAMAN
Rabbi zidnii 'ilman warzuqni fahman
"Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku kefahaman (pengertian yang baik dan fahaman).

13. WIRID UNTUK MENDAPAT ILMU DENGAN HIKMAH

Ya 'Aliimu Ilman Hikmah"Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui Ilmu Yang Berhikmah"

14. WIRID UNTUK PELAJAR
Dibaca selepas solat (7 kali) supaya diberi petunjuk, ilmu, kepakaran yang nyata.
Ya Haadii Ya "Aliimu Ya Khabiru Ya Mubiin.
"Wahai Tuhan Yang Maha Memberi Petunjuk, Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, Wahai Tuhan Yang Maha Waspada Wahai Tuhan Yang Nyata"
Wirid ini adalah sebahagian dari wirid susunan Ahmad Asrory Al Ishaqy.

15. DOA UNTUK MENDAPAT HIKMAH
Ya 'Aliimu Allimni Hikmah 
"Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, ajarkanlah aku hikmah".
(Nasihat dari Ustaz T.M. Fouzy Jumat)

16. DOA KETIKA KEGELAPAN FIKIRAN (mental block)
Dibaca sewaktu menduduki peperiksaan
Ya Haadi, ihdinii.
Wahai Tuhan Yang Memberi Petunjuk, tunjuki aku"
Imam Ahmad bin Ali Albunni mengatakan, Nama Allah ini adalah lafaz zikir malaikat Israfil. Apabila kita berada dalam kegelapan fikiran, kita baca doa tersebut, insya-Allah seketika itu juga kita akan memperoleh petunjuk. Boleh juga dibaca seketika sesat jalan.

17. WIRID UNTUK MENJADI BIJAK PANDAI
Ya Rasyidu – Dibaca sebanyak mungkin selepas solat
"Wahai Tuhan Yang Maha Pandai"
Jika kita ingin menjadi orang yang bijak pandai, di samping kuat belajar dan menuntut ilmu pengetahuan dan mengembangkan bakat masing-masing, eloklah bermohon kepada Allah dengan berulangkali berzikir kalimah di atas sebanyak mungkin, semoga akan berjaya.

18. WIRID UNTUK "MELIHAT" YANG DI RAHSIAKAN
Alaa Ya'lamu Man Khalaq Wahuwal Lathiiful Khabiir "Tidakkah Dia mengetahui apa yang Dia ciptakan, sedangkan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui".

Jika dibaca 9 kali ketika hendak tidur dan beristiqamah dengannya, insya-Allah ia akan bermimpi dan melihat dalam tidurnya akan sesuatu yang dikehendakinya. Jika diamalkan selalu insya-Allah akan didorongkan untuk belajar perkara yang akan disoalkan dalam sesuatu peperiksaan. Boleh juga dibaca ketika mengalami suatu masalah dalam pelajaran atau projek.

Demi Masa!

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

So today I would like to share about the meaning of surah al-asr. I hope this will benefit to us. Thank you for reading.!


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

وَالْعَصْرِ (1


2) إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ


3)إِلَّا الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا

    بِالصَّبْ

1.Demi masa
2.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
3.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.





DDalam surah al-asr ni Allah mengunakan huruf wau, ianya adalah huruf sumpah. Sama juga dengan ayat al-quran yang lain yang berbentuk qasam(sumpah) seperti wad dhuhaa, wal lail, was samaa', wath thariq dan ada beberapa lagi ayat yang lain.Persoalanya, Kenapa Allah bersumpah dengan dengan masa?

D Jika kita lihat makna ayat pertama dan kedua: Yang bermaksud : " Demi Masa (1). Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian (2) 

    Dalam ayat tersebut jelas Allah berfirman bahawa manusia itu benar-benar dalam kerugian, iaitu berada di dalam kebinasaan dan kecelakaan. Kemudian selepas ayat itu, datang beberapa pengecuaian, Firman Allah s,w,t


إِلَّا الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (3

Yang bermaksud : "Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya metapi kesabaran.

Jadi dalam ayat ini Allah mengatakan manusia itu berada dalam kerugian kecuali 
 1) Orang beriman
 2) Orang yang beramal soleh
 3) Berpesan2 kepada al haq (Kebenaran)
 4) Berpesan2 kepada al sabr (Kesabaran) 

Orang Beriman

Ini bermakna orang-orang kafir, orang musyrik, orang yang tidak mengimani kitabullah dan sunatullah   berada dalam kerugian.
 Firman Allah s.w.t
A136


Yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada kitab yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya, serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Barang siapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya.” (Surah an-Nisa’ : 136)


Dan terdapat banyak lagi ayat al-quran yang membincangkan keimanan, di mana setiap individu hendaklah wajib beriman kepada semua itu tanpa meningalkan satu pun. Antara  hadis yang masyur menjelaskan apakah yang wajib diimani oleh seseorang adalah di dalam hadis Jibril, yang mana malaikat Jibril a.s bertanyakan apakah itu iman, maka nabi s.a.w menjawab dengan sabdanya:




أَنْ تُؤْمِنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ


Yang bermaksud : “adalah kamu beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Para Rasul-Nya, Hari Akhirat, dan beriman dengan ketentuan-Nya baik mahupun buruk” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Dan Mereka yang beramal soleh


Mereka yang beramal soleh adalah orang yang layak mendapat ganjaran daripada Allah selagi mana mereka beriman dan tidak menyirikan Allah.






فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا (110


Yang bermaksud : “Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan dengan apa pun dalam beribadah kepada Tuhannya.” (Surah al-Kahfi : 110) 


Dalam surah ini yang dimaksudkan dengan 'mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya" adalah pahala-Nya, dan balasan baik daripdaNya. Selain itu, antara 2 syarat amal perbuatan seseorang itu diterima Allah ialah 1) ikhlas semata-mata kerana Allah (TIdak persekutukan Allah dalam ibadah) 2) Bertepatan dengan syariat. (pentunjuk) rasulullah s.a.w.


Berpesan-pesan dalam kebenaran



Berpesan dalam kebenaran bermaksud menyeru, berdakwah dan mengajak orang lain melakukan kebaikan.



A110



Yang bermaksud : “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah” (Surah Ali ‘Imran : 110)


A104


Yang bermaksud : “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.” (Surah Ali ‘Imran : 104)

Sabda nabi Muhammad s.a.w

الدِّينُ النَّصِيحَةُ


Yang bermaksud : “Agama itu adalah nasihat” (Hadis riwayat Muslim) 


Berpesan-pesan menetapi kesabaran



Saling berpesan agar berpesan dalam menjalani kehidupan sebagai seorang mukmin , setiap hari kita akan menghapi pelbagai halangan, dugaan dan cabaran. Jadi hendaklah kita menjadi orang yang sentiasa berpesan aar bersabar dalam ujian yang menimpa.



Firman Allah s.w.t


A153

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.

Di dalam sebuah hadis, nabi s.a.w menyebut bahawa sabar itu merupakan sinar cahaya.


وَالصَّبْرُ ضِيَاءٌ

Yang bermaksud:"Kesabaran itu merupakan sinar" ( Hadis riwayat Muslim)



Selain itu terdapat ayat al-quran lain juga yang memperkatakan tentang sabar.

A115

"Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan". (Hud 11:115) 


Sabda Rasulullah s.a.w.


Solat itu ibarat laksana sinar rembulan, sedekah itu bukti keimanan, dan sabar itu laksana sinar matahari. ( Riwayat Muslim)



Kenapa sabar itu diibaratkan seperti sinar? Jika kita lihat fitrah matahari, iaitu matahari itu fitrahnya panas. Walaupun panas tapi kita perlukan matahari sebagai sumber cahaya. Jika tidak dunia ni akan gelap gelita. Kita perlukan juga matahari untuk kelangsungan hidup, begitu juga dengan haiwan. Jadi sabar itu dianalogikan seperti matahari kerana walaupun matahari itu fitrahnya terik, panas tapi kita masih perlukannya kerana terdapat banyak manfaat kepada kehidupan manusia. Walaupun untuk bersabar banyak cabarannya tapi jika kita berjaya menanganinya dengan bijaksana, insyaAllah terselit pelbgai hikmah di dalamnya dan dengan sabar itu sendiri boleh memberi cahaya kepada kehidupan kita.



Sebgai mutiara kata, sabar itu nikmat, sabar itu indah. Maka didiklah diri kita untuk bersabar dan terus bersabar kerana sabar itu separuh daripada iman dan iman itu membawa kita ke syurga.


Friday, June 7, 2013

Short reminder

Assalamualaikum..

In the name of Allah, the most Gracious and the most Merciful. Alhamdulillah all praises to Allah for the strengths and His blessing that He gives to us. So today I want to give not very short reminder to all of you guys..=)

Just imagine this situation..
 One day a British man asked from a Muslim scholar.

British man asked: "Why Muslim women are not allowed in Islam to shake a hand with men?"

The scholar said: " Could you take the hands of Queen Elizabeth in your hands?"

The scholar answered: Our Ladies are Queen and the Queen won't shake hands with strange men

So, girls we are like Queen which we only shake hands with the only selected person.

Beside that, when I was a child, whenever I want to visit my parents friends' home,I was told
strictly by my parents to not touch anything that was mine. And I didn't, because I did not have the right.


Thursday, June 6, 2013

Ini Sebuah Cheghite

ASSALAMUALAIKUM......~~~

Bismillahirrahmanirrahim..

Ana ada satu cerita yang ingin ana kongsikan.Nak dengar tak ni?? JoM...^.^

Suatu hari ade seorang paderi Kristian, dia ni sangat bisa apabila berdebat.
Dan setiap kali dia berdebat,tidak akan ada orang yang menang. Hanya dia yang akan menang sorang.
Suatu hari dia mengadap Raja di sebuah negara.
Dan raja itu mengumumkan kepada rakyat jelata,siapa yang bole berdebat dengan paderi kristian itu
Paderi kata kalau dia kalah dia akan letak jawatan sebagai paderi,
Dan berita itu tersebar dan tersebar sehingga sampai ke seorang pengembala kambing,
Pengembala kambing itu berkata kalau aku menang aku untung kalau aku kalau aku tidak rugi
maka dia pun pergi berjumpa raja.

Bermulalah hari perdebatan,
Paderi : Wahai anak muda,
Anak muda/pengembala kambing: Ya saya.
Paderi: Bersediakah kamu untuk berdebat?
Pengembala kambing: I'am ready
Paderi: Kalau begitu aku ada 1 syarat
Pengembala kambing: Apa syaratnya?
Paderi: Kita berdebat tanpa mengunaka suara.
Pengembala kambing: alringht

Perdebatan tanpa suara bermula
Paderi tu menunjukkan jari telunjuk 1
pemuda itu balas dgn jari 2
paderi tu jawab balik 3
pemuda itu jawab 6
Bila jawab 6 paderi tu jawab dengan dengan buat bulatan
pemuda tu buat penumbuk
Paderi tu terus angkat tongkat
Dan pemuda tu hempas tongkat tu ke tanah
tiba-tiba paderi tu berkta: Aku kalah
Mak perdebatan tersebut dimenangi pemuda itu

Semua orang tercegang-cengang
Terdiam sebab tak faham
Maka ade rakyat bertemu paderi itu dan bertanya bagaimana dia bole kalah
Paderi: Budak sangat hebat. Aku mula-mula kata Kristian akan menjadi no.satu di dunia.
Budak itu jawab balik salah, kerana Islam lagi bagus iaitu Islam ada 
Allah dan Rasul.
Paderi itu kata mana ada kami ada 3 Tuhan
Itu salah kerana kami ada 6 rukun iman.
Paderi itu kata bila dia buat bulatan tu maknanya sesungguhnya Kristian sedang menguasai dunia
Pemuda itu jawab Islam akan memecahbelah kan kesatuan Kristian klau kamu menganggu orang Islam
dan pemudah itu menghempas tongkat bermaksud kalau Islam kalah di dunia sekalipun
di baling ke tanah manknanya akhirat sedang menungu.

Moral
Walaupun dia hanya seorang pengembala kambing tetapi usahanya yang kecil 
dia tetap berdakwah.

Doa Dipermudahkan Urusan


Doa Dipermudahkan Urusan



‘Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla, wa ‘anta taj-alul hazna idha shi’ta sahla’

Wednesday, June 5, 2013

Kisah Seorang pemuda yang ingin bermaksiat

Sebenarnya apa saja yang kita buat tu dikira ibadah jikalau meliputi 2 syarat yakni NIAT KERANA ALLAH dan MENGIKUT SYARA' . Kalau kita ragu2 samada apa yang kita buat tu ibadah ke tidak niat je KERANA Allah.

Sesunggunya Islam itu mudah. Mengapa kita perlu cari benda lain sedangkan Allah dah beri apa yang terbaik untuk kita. Ha...Ana nak share satu cerita dgn antum semua. Cerita mengenai Ibrahim bin Adham dan seorang pemuda.

Pemuda ini bertemu dengan ibrahim bin Adham ini lalu berkata "Wahai Aba Ishak, aku ini gemar melakukan maksiat. Tolong berikan aku nasihat. " Lalu Ibrahim berkata bahawa dia mesti memenuhi 5 syarat tersebut maka dia boleh melaksanakan maksiat. Syarat2 tersebut ialah :


1- Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

2- "Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

3- "Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

4- Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"


"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"


5- "Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya." Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Jadinya ibrahnya kat sini :
1- Janganlah kita melakukan maksiat sebab itu benda yang Allah xsuka. Nak ke kita buat benda yang Allah xsuka?. Semestinya kita tak nak kan.

2- Kita sebagai manusia ini kena sentiasa diingatkan padahal kita tahu dah yang Allah itu sentiasa perhatikan kita. Dalam Al quran pun Allah ada menyebut "Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman." (Az-Zariyat:55). Manusia ni memang sifatnya pelupa dan sebab itu kita digalakkan untuk saling mengingati.

3- Lastly, kita ni sentiasa kena bersyukur sebab Hidayah Allah itu sampai pada kita. Hidayah itu merupakan hadiah yang paling berharga yang Allah beri pada. Dengan adanya hidayah Allah itulah yang mendorong kita melakukan kebaikan. Tetapi janganlah kita hanya menunggu hidayah itu dtg tpi kita usaha untuk dapatkannya. Okey!...

Kita Khalifah Itu!



Bismillahirrahmanirrahimm

Assalamualaikum antum semua,

Kalau direnungkan kembali hidup kita ni sebenarnya apa tujuan kita hidup? Aku sudah 19 tahun hidup ni muka bumi ni, tapi apa tujuan hidup aku? main-main? sekadar suka-suka ke Allah ciptakan kita semua ni? absolutely not ! totally ! Allah ciptakan kan antum semua pasti ada sebab..sebab apa? Cuba kita renungkan ayat  dari surah Az-Zumar ayat ke 62

A062
Allah Yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Mentadbirkan serta menguasai segala-galanya.


Ya..exactly Allah yang menciptakan segala sesuatu dan segala yang Allah cipta mesti ada hikmah dan tujuan. Sebagi analogi, jika kita renung awan dilangit, kita tahu awan yang dipenuhi wap-wap air akan turun menjadi hujan dengan izin Allah. Itulah fungsi awan sebagai rahmat Allah menurunkan hujan dan juga sebgai pelindung manusia dari terkena direct pancaran terik mentari.Tapi..., kadang-kadang kita terlupa bahawa di atas kita ada awan yang banyak berjasa kepada kita,  awan merupakan salah satu daripada penciptaan cakerawala di mana awan akan melakukan segala yang diperintahkan oleh Allah  mengikut fitrahnya tanpa rasa jemu. Adakah kita sedar akan apa yang dilakukan oleh sang awan? Awan sentiasa tekun menurut perintah Allah sehingga hari kiamat. Begitu juga dengan mentari,sang bulan dan bumi yang kita diami ini, semuanya berputar mengikut perintah Allah.

Tapi...,

Kita sendiri kadangkala terlupa atau mungkin tidak sedar bahawa di atas kepala kita ada awan yang sedang memberi teduh kpada kita, kaki tempat kita berpijak iaitu bumi tempat kita berdiri sedang berputar mengikut paksinya. Setiap penciptaan cakerawala ini ada tugas mereka tersendiri.

Jadi...

Apa pulak tugas kita sebagai insan? Perkataan insan diambil dari bahasa Arab nasia yang bermaksud lupa..jadi manusia itu sendiri fitrahnya pelupa and kerana itu seperti yang ana sebut tadi kadang-kadang kita lupa tempat kita berpijak, awan diatas kita sedang menjlankan tugas..kita lupa untuk mentadabbur alam..Mari sama-sama kita pejam mata dan renungkan ayat Allah dari Surah Az-Zariyat ayat 56

A056

Dan tidaklah Aku menciptakan Jin dan Manusia melainkan  untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.





Tugas kita tak lain dan tak bukan ialah sbagai Ibadullah..ya hamba Allah. Apa peranan kita sabgai hamba? Dalam ayat itu kita disuruh pertama Sembah Allah yang Esa dan kedua beribadat kepadaNya. Sembah lah hanya DIA...hanya DIA..Dia yang menjadikan kita semua. Renunglah gambar di atas dan tafsirlah dengan mata hati. Indahnya sujud kepadaNya. Indahnya doa kepadanya dikala sujud. Betapa kerdilnya diri ini.


Itu sahaja kah tugas kita?? Tidak....! kita juga disuruh menjadi khalifah di atas muka bumi ini. Untuk menjadi khalifah kita haruslah tahu apa makna khalifah. Khalifah bermaksud penyambung, penghubung dan yang diamanahkan menyampaikan sesuatu. Jadi.. menjadi khalifah di muka bumi bermaksud menjadi wakil yang dilantik oleh Allah untuk mentadbir dan menguruskan bumi ini, di samping memakmurkannya supaya menjadi tempat tinggal yang baik untuk didiami oleh seluruh penghuninya.

Firman Allah
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَة[3]ً
Maksudnya:
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". [Al Bqarah: 30]


Firman Allah SWT dalam ayat yang lain:

وَهُوَ الَّذِي جَعَلَكُمْ خَلاَئِفَ الأَرْضِ وَرَفَعَ بَعْضَكُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ لِّيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ إِنَّ رَبَّكَ سَرِيعُ الْعِقَابِ وَإِنَّهُ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ[4]
Maksudnya:
Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [ an-am 65].

Di dalam Kalam Allah itu sendiri iaitu AL-quran terdapat 9 kalimah Khalifah atau khalaif yang secara umumnya membicarakan tentang peranan khalifah. Jika kita perhatikan malaikat yang sangat-sangat taat kepada Allah sekalipun tidak Allah jadikan mereka khalifah, sebaliknya manusia yang dipilih.


Justeru, kemulian yang begitu tinggi yang Allah kurnia kepada kita mestilah kita pelihara dan kekalkan dengan dibajai oleh iman, taqwa dan aml soleh. Dan tidak sepatutnya kemuliaan itu dikotori dengan maksiat. Sungguh beratnya amanah yang Allah pikulkan ke atas manusia. Di tangan kita lah terletaknya kemakmuran bumi ini.. Ya kita lah Manusia itu!


Apakah ciri-ciri seorang khalifah?

1) Berilmu

Kemantapan seseorang dalam agama bergantung kepada kekuatan mental,kemantapan ilmu dan kesempurnaan budi pekerti. Kalau kita lihat orag berilmu mampu menguruskan kehidupan dengan teratur dan membawa kebaikan dalam setiap keputusan.

Sabda Rasulullah S.A.W


إِذَا وُسِّدَ الأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ

Apabila sesuatu urusan diberikan kepada yang bukan ahlinya,maka tunggulah saat kebinasaan.


2) Moral yang tinggi seperti amanah,prihatin,mesra dan lain-lain lagi

Seorang pemimpin yang beramanah merupakan pemimpin yang berjaya memberi contoh tauladan yang baik dan mampu menghadapi ancaman dari pelbagai sudut.

Sabda Rasulullah S.A.W.

فَإِذَا ضُيِّعَتِ الأَمَانَةُ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ

Apabila diselewengkan sesuatu amanah, maka tunggulah saat kebinasaan.


3) Mempunyai hubungan yang baik

4)Komitment terhadap tugas

5)Ikutan terbaik

Kesimpulan

Apa yang ana dapat simpulkan di sini ialah tanggangjawab kita tidak kiralah sebagai khalifah kerana memimpin negara, khalifah kerana mengetuai sesebuah organisasi mahupun khalifah kerana meminpin keluarga, semua tanggungjawab kita akan dipersoalkan di akhirat kelak.

Sabda Rasulullah s.a.w

كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ ا

Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinanya.

P/S: semoga suatu hari nanti ana pula yang akan memimpin sesuatu organisasi insya Allah..=)