Wednesday, June 5, 2013

Kita Khalifah Itu!



Bismillahirrahmanirrahimm

Assalamualaikum antum semua,

Kalau direnungkan kembali hidup kita ni sebenarnya apa tujuan kita hidup? Aku sudah 19 tahun hidup ni muka bumi ni, tapi apa tujuan hidup aku? main-main? sekadar suka-suka ke Allah ciptakan kita semua ni? absolutely not ! totally ! Allah ciptakan kan antum semua pasti ada sebab..sebab apa? Cuba kita renungkan ayat  dari surah Az-Zumar ayat ke 62

A062
Allah Yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Mentadbirkan serta menguasai segala-galanya.


Ya..exactly Allah yang menciptakan segala sesuatu dan segala yang Allah cipta mesti ada hikmah dan tujuan. Sebagi analogi, jika kita renung awan dilangit, kita tahu awan yang dipenuhi wap-wap air akan turun menjadi hujan dengan izin Allah. Itulah fungsi awan sebagai rahmat Allah menurunkan hujan dan juga sebgai pelindung manusia dari terkena direct pancaran terik mentari.Tapi..., kadang-kadang kita terlupa bahawa di atas kita ada awan yang banyak berjasa kepada kita,  awan merupakan salah satu daripada penciptaan cakerawala di mana awan akan melakukan segala yang diperintahkan oleh Allah  mengikut fitrahnya tanpa rasa jemu. Adakah kita sedar akan apa yang dilakukan oleh sang awan? Awan sentiasa tekun menurut perintah Allah sehingga hari kiamat. Begitu juga dengan mentari,sang bulan dan bumi yang kita diami ini, semuanya berputar mengikut perintah Allah.

Tapi...,

Kita sendiri kadangkala terlupa atau mungkin tidak sedar bahawa di atas kepala kita ada awan yang sedang memberi teduh kpada kita, kaki tempat kita berpijak iaitu bumi tempat kita berdiri sedang berputar mengikut paksinya. Setiap penciptaan cakerawala ini ada tugas mereka tersendiri.

Jadi...

Apa pulak tugas kita sebagai insan? Perkataan insan diambil dari bahasa Arab nasia yang bermaksud lupa..jadi manusia itu sendiri fitrahnya pelupa and kerana itu seperti yang ana sebut tadi kadang-kadang kita lupa tempat kita berpijak, awan diatas kita sedang menjlankan tugas..kita lupa untuk mentadabbur alam..Mari sama-sama kita pejam mata dan renungkan ayat Allah dari Surah Az-Zariyat ayat 56

A056

Dan tidaklah Aku menciptakan Jin dan Manusia melainkan  untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.





Tugas kita tak lain dan tak bukan ialah sbagai Ibadullah..ya hamba Allah. Apa peranan kita sabgai hamba? Dalam ayat itu kita disuruh pertama Sembah Allah yang Esa dan kedua beribadat kepadaNya. Sembah lah hanya DIA...hanya DIA..Dia yang menjadikan kita semua. Renunglah gambar di atas dan tafsirlah dengan mata hati. Indahnya sujud kepadaNya. Indahnya doa kepadanya dikala sujud. Betapa kerdilnya diri ini.


Itu sahaja kah tugas kita?? Tidak....! kita juga disuruh menjadi khalifah di atas muka bumi ini. Untuk menjadi khalifah kita haruslah tahu apa makna khalifah. Khalifah bermaksud penyambung, penghubung dan yang diamanahkan menyampaikan sesuatu. Jadi.. menjadi khalifah di muka bumi bermaksud menjadi wakil yang dilantik oleh Allah untuk mentadbir dan menguruskan bumi ini, di samping memakmurkannya supaya menjadi tempat tinggal yang baik untuk didiami oleh seluruh penghuninya.

Firman Allah
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَة[3]ً
Maksudnya:
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". [Al Bqarah: 30]


Firman Allah SWT dalam ayat yang lain:

وَهُوَ الَّذِي جَعَلَكُمْ خَلاَئِفَ الأَرْضِ وَرَفَعَ بَعْضَكُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ لِّيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ إِنَّ رَبَّكَ سَرِيعُ الْعِقَابِ وَإِنَّهُ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ[4]
Maksudnya:
Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [ an-am 65].

Di dalam Kalam Allah itu sendiri iaitu AL-quran terdapat 9 kalimah Khalifah atau khalaif yang secara umumnya membicarakan tentang peranan khalifah. Jika kita perhatikan malaikat yang sangat-sangat taat kepada Allah sekalipun tidak Allah jadikan mereka khalifah, sebaliknya manusia yang dipilih.


Justeru, kemulian yang begitu tinggi yang Allah kurnia kepada kita mestilah kita pelihara dan kekalkan dengan dibajai oleh iman, taqwa dan aml soleh. Dan tidak sepatutnya kemuliaan itu dikotori dengan maksiat. Sungguh beratnya amanah yang Allah pikulkan ke atas manusia. Di tangan kita lah terletaknya kemakmuran bumi ini.. Ya kita lah Manusia itu!


Apakah ciri-ciri seorang khalifah?

1) Berilmu

Kemantapan seseorang dalam agama bergantung kepada kekuatan mental,kemantapan ilmu dan kesempurnaan budi pekerti. Kalau kita lihat orag berilmu mampu menguruskan kehidupan dengan teratur dan membawa kebaikan dalam setiap keputusan.

Sabda Rasulullah S.A.W


إِذَا وُسِّدَ الأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ

Apabila sesuatu urusan diberikan kepada yang bukan ahlinya,maka tunggulah saat kebinasaan.


2) Moral yang tinggi seperti amanah,prihatin,mesra dan lain-lain lagi

Seorang pemimpin yang beramanah merupakan pemimpin yang berjaya memberi contoh tauladan yang baik dan mampu menghadapi ancaman dari pelbagai sudut.

Sabda Rasulullah S.A.W.

فَإِذَا ضُيِّعَتِ الأَمَانَةُ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ

Apabila diselewengkan sesuatu amanah, maka tunggulah saat kebinasaan.


3) Mempunyai hubungan yang baik

4)Komitment terhadap tugas

5)Ikutan terbaik

Kesimpulan

Apa yang ana dapat simpulkan di sini ialah tanggangjawab kita tidak kiralah sebagai khalifah kerana memimpin negara, khalifah kerana mengetuai sesebuah organisasi mahupun khalifah kerana meminpin keluarga, semua tanggungjawab kita akan dipersoalkan di akhirat kelak.

Sabda Rasulullah s.a.w

كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ ا

Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinanya.

P/S: semoga suatu hari nanti ana pula yang akan memimpin sesuatu organisasi insya Allah..=)




No comments:

Post a Comment