Wednesday, May 16, 2012

Terukir di Bintang

Beberapa minggu dari sekarang aku mendaftar di pusat asasi universiti islam antarabangsa,
aku rasa teramat gembira kerana impian aku selama ini untuk memasuki unversiti berprestij itu akhirnya dimakbulkan Allah...
Alhamdulillah.....segala puji hanyalah untukNYA.


Namun....


Ada sedikit kegusaran di benakku,
adakah aku mampu untuk 'membawa' subjek matematik, akaun dan ekonomi kelak?
bukan apa,
aku cuma gusar kerana ketika zaman persekolahan aku tidak megambil subjek akaun dan ekonomi.
aku juga lemah sedikit dalam subjek matematik.
sudah ditakdirkan untukku untuk mengambil bidang ekonomi dan sains pengurusan di uia kelak,
ini bermakna aku 'terpaksa' melupakan subjek sains tulen yang aku pelajari ketika di sekolah dahulu.


Berharap.....


Ijazah Sarjana Muda Akauntan,
menjadi gengamanku kelak...
Ya, aku tahu masih terlalu awal untuk memperkatakannya,
tapi...
tidak salah untuk mencoret dan melakar impian...


Ya Rahman, Ya Rahim....


Berilah hambaMu ini kekuatan dalam menghadapi hari-hari mendatang...

Semoga hambaMu ini sentiasa bersyukur dengan setiap kurnianMU...amin...

No comments:

Post a Comment