Saturday, January 5, 2013

Amalan Hati

Bismillilahirrahman nirrahim...

Assalamualaikum akhawat n ikhwan semua.. Like always today I want to share to all of u about some of information that i know...let's check it out..^^

Imam al-Nawawi menegaskan bahawa jika amalan-amalan lahiriah dilaksanakan tanpa "amalan-amalan" hati, ia tidak akan membawa seseorang dekat dengan Allah. Sedangkan taqarrub ila Allah (dekat dengan Allah) itu tujuan kita beribadah. Amalan solat misalnya, jika dijaga dan dilaksanakan hanya rukun qawli (bacaan) dan fi'lli(perbuatan) tanpa kehadiran rukun qalbi( rasa hati) seperti merasai kebesaran Allah, takut dan rasa kehambaan yang lain ia akan menjadi sia-sia.Itulah pengertian orang yang lalai dalam solatnya!.

A005
Iaitu orang yang lalai dalam solatnya (al maauun:5)


Solat yang dilaksanakan dengan hati yang lalai akan gagal mencapai tujuan utama beribadah iaitu mengingati Allah. Allah berbicara melalui firmaNYa..


A014

"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku."  (taha : 14)

Sesungguhnya, mengingati Allah adalah kerja Hati. Hanya apabila solat didirikan dengan khusyuk( rasa kehambaan) barulah solat itu mampu mencegah pelakunya daripada perbuatan fahsha' dan mungkar. Jika tidak amalan itu bukan sahaja tidak berkesan malah mungkin ditolak oleh Allah..waallahualam bissawab..noktah!

Termenung di luar jendela...#sight

No comments:

Post a Comment