Monday, November 26, 2012

Ayat cinta Teragung


561035 428835247159379 62722922 n 17 Ayat Cinta Teragung!
Salam, readers!
Hidup ni best kan? Best lagi kalau Islam dijadikan lifestyle yakni gaya hidup. Dalam zaman yang serba canggih ni, bila seronok sikit, post kat facebook. Bila sedih sikit, mengadu kat twitter. Susah senang kita semua disampahkan dekat laman sosial sedangkan kita sebenarnya ada saluran yang terbaeekkk! *gaya boboiboy*
Kalau betul kita perlu moral support, carilah saluran yang lebih bermoral. Zaman sekarang ni, bukan semua kawan berguna. Yang mana elok tu, eloklah. Yang mana tak berapa nak elok tu, elok-elok kita mintak moral support, dia kasi kita makin down dengan immoral behaviour dia. Haaa. Jadi, remember this. Penting ni! Bacalah, fahamilah, hayatilah bait-bait kalam suci yang sebenarnya ayat-ayat cinta yang paling mujarab, mustajab lagi menenangkan jiwa. Inilah sebaik-baik hiburan; hiburan hati yang kelalaian. :’)
637121hfnokohyc7 17 Ayat Cinta Teragung!1. Apabila kita sedih (Surah Al-Baqarah: 25)
2 25 17 Ayat Cinta Teragung!
Maksudnya: “Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.”

637121hfnokohyc7 17 Ayat Cinta Teragung!2. Apabila kita melakukan dosa (Surat Az-Zumar: 53)
39 53 17 Ayat Cinta Teragung!
Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
637121hfnokohyc7 17 Ayat Cinta Teragung!3. Apabila kita mencari ketenangan (Surah Al-Maidah:16)
5 16 17 Ayat Cinta Teragung!
Maksudnya: “Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.”
637121hfnokohyc7 17 Ayat Cinta Teragung!4. Apabila kita perlukan teman (Surah Al-Baqarah: 257)
2 257 17 Ayat Cinta Teragung!
Maksudnya: “Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.”
637121hfnokohyc7 17 Ayat Cinta Teragung!5. Apabila ditindas kerana perbezaan jantina (Surah Al-Ahzab: 35)
33 35 17 Ayat Cinta Teragung!
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.”
637121hfnokohyc7 17 Ayat Cinta Teragung!6. Apabila ditindas kerana perbezaan bangsa (Surah Al-Hujurat: 13)
49 13 17 Ayat Cinta Teragung!
Maksudnya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”
637121hfnokohyc7 17 Ayat Cinta Teragung!7. Apabila kita mencari cinta dan kedamaian (Surah Ar-Rum: 21)
30 21 17 Ayat Cinta Teragung!
Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”
637121hfnokohyc7 17 Ayat Cinta Teragung!8. Apabila kita tertekan (Surat Ar-Ra’d: 28)
13 28 17 Ayat Cinta Teragung!
Maksudnya: “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah (mengingati Allah). Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
637121hfnokohyc7 17 Ayat Cinta Teragung!9. Apabila kita dahagakan seorang teman karib (Surah Qaf: 16)
50 16 17 Ayat Cinta Teragung!
Maksudnya: “Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.”
637121hfnokohyc7 17 Ayat Cinta Teragung!10. Apabila kita rasa tak dihargai (Surah Al-Ihsan:22)
76 22 17 Ayat Cinta Teragung!
Maksudnya: “(Serta dikatakan kepada mereka): "Sesungguhnya (segala pemberian) ini adalah untuk kamu sebagai balasan, dan adalah usaha amal kamu (di dunia dahulu) diterima dan dihargai (oleh Allah)".”
637121hfnokohyc7 17 Ayat Cinta Teragung!11. Apabila kita rasa kecundang (loser) (Surah Yuusuf: 87)
12 87 17 Ayat Cinta Teragung!
Maksudnya: “Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".”
637121hfnokohyc7 17 Ayat Cinta Teragung!12. Apabila kita rasa kurang bernasib baik (Surah Ibrahim: 34)
14 34 17 Ayat Cinta Teragung!
Maksudnya: “Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.”
637121hfnokohyc7 17 Ayat Cinta Teragung!13. Apabila kita dalam kesusahan (Surah Ash-Sharh: 5)
94 5 17 Ayat Cinta Teragung!
Maksudnya: “Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,”
637121hfnokohyc7 17 Ayat Cinta Teragung!14. Apabila kita ‘diperangi’ (Surah Al-Furqan: 63)
25 63 17 Ayat Cinta Teragung!
Maksudnya: “Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini.”
637121hfnokohyc7 17 Ayat Cinta Teragung!15. Apabila kita ingin bebas dari ketakutan (Surah Al-Baqarah: 62)
2 62 17 Ayat Cinta Teragung!
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.”
637121hfnokohyc7 17 Ayat Cinta Teragung!16. Apabila inginkan jaminan pengampunan (Surah Ali-Imran: 135)
3 135 17 Ayat Cinta Teragung!
Maksudnya: “Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).”
637121hfnokohyc7 17 Ayat Cinta Teragung!17. Apabila kita perlukan kepastian tentang pengampunan dosa-dosa (double assurance) (Surah Al-Hijr: 49)
15 49 17 Ayat Cinta Teragung!
Maksudnya: “Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu (wahai Muhammad), bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi mereka yang bertaubat dan beramal soleh).”

No comments:

Post a Comment